Lapan barang disenarai dalam Skim Harga Maksmum sempena Gawai, Kaamatan – KPDN

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEBANYAK lapan jenis barangan akan diwartakan bagi pelaksanan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, SHMM Pesta Kaamatan akan berkuat kuasa pada 27 Mei sehingga 2 Jun.

Manakala, jelas beliau, SHMMP Hari Gawai berkuat kuasa pada 29 Mei sehingga 4 Jun.

Armizan berkata, tempoh pelaksanaan SHMMP adalah selama tujuh hari iaitu tiga hari sebelum perayaan, sehari semasa perayaan dan tiga hari selepas perayaan.

“Lapan jenis barangan bagi pelaksanaan SHMMP Pesta Kaamatan 2024 adalah kepak ayam; daging kerbau import (India); bawang merah kecil (India); bawang putih (China); cili kering keriting; daging babi (perut); daging babi (daging dan lemak); babi hidup (harga maksimum di peringkat ladang sahaja).

“Manakala untuk Hari Gawai pula adalah ayam tua hidup; kepak ayam; bawang putih (China); kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing); cili kering keriting; daging babi (perut); daging babi (daging dan lemak); babi hidup (harga maksimum di peringkat ladang sahaja).

“SHMMP Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2024 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 bagi membolehkan penentuan harga dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Armizan berkata, harga maksimum yang telah ditetapkan untuk skim tersebut di peringkat pemborong dan peruncit boleh disemak melalui laman sesawang KPDN di www.kpdn.gov.my.

Katanya, pegawai-pegawai penguatkuasa KPDN di seluruh negara akan melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan di lokasi-lokasi strategik seperti di pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah barangan keperluan perayaan. 

Beliau berkata, pendekatan itu membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna sekiranya berlaku ketidakpatuhan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana mana peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa bumi Mindanao: Malaysia sedia hulur bantuan, PM jamin pantau keadaan

MALAYSIA bersedia menghulurkan apa sahaja bantuan yang diperlukan susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 melanda Mindanao, selatan Filipina, pagi...

More Articles Like This