PEMAIN sayap Selangor FC, Faisal Halim yang telah dibenarkan keluar dari sebuah hospital swasta di Shah Alam, Sabtu lalu, kini sedang menjalani proses pemulihan di lokasi rahsia.
Memetik laporan Astro Awani, Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, lokasi rahsia itu ditetapkan kelab tersebut atas faktor keselamatan.
Beliau turut memohon ruang sepenuhnya diberikan untuk proses pemulihan Faisal.
“Jadi buat masa ini di buat recovery (pemulihan) bukan di rumah, di tempat yang kelab telah tetapkan atas faktor keselamatan. Jadi kalau ada apa-apa sidang media, kemudianlah.
“Beri masa agar bila Faisal Halim sudah betul-betul bersedia (buat penampilan). Tetapi ini akan mengambil masa yang lama sedikitlah. Dia tengah go through dia punya recovery period dia sekarang,” katanya.
Mengulas lanjut, Shahril memberitahu, Faisal masih perlu berulang alik ke hospital untuk proses rawatan susulan.
Baca artikel lain: Pemulihan Faisal Halim luar biasa, Selangor FC mohon beri ruang proses pemulihan
Jelasnya, ia termasuk urusan bagi mencuci luka dan sebagainya.
Sabtu lalu, media melaporkan Faisal telah pun dibenarkan keluar dari sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selangor.
Faisal atau lebih mesra disapa Mickey akan turut menjalani rawatan psikologi dan rehabilitasi serta rawatan susulan.
Sebelum ini, Mickey menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali pada 5 Mei lalu menyebabkan dia mengalami kelecuran tahap empat.
Faisal berada dalam keadaan kritikal selepas insiden tersebut dan terpaksa mengharungi empat pembedahan untuk merawat luka lecuran tersebut di sebuah hospital swasta di Shah Alam.
Faisal yang juga pemain sayap kebangsaan menunjukkan perkembangan positif dalam proses rawatannya apabila luka lecuran yang dialaminya itu semakin pulih.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

