Gerakan boikot di Indonesia tidak ekstrem seperti Malaysia – Rossa

Dari Penulis

PENYANYI terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa merasakan gerakan #blockout2024 lebih ekstrem di Malaysia berbanding Indonesia dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Menurut Rossa, atau nama lengkapnya Rossa Roslaina Handiyani, 46, gerakan boikot ini sememangnya memberi kesan yang besar, terutama di Malaysia.

Walau bagaimanapun, dia tetap merasakan ia masih teguh di hati rakyat Indonesia untuk terus bersolidariti dalam menyokong nasib penduduk Palestin.

“Sebenarnya gerakan boikot di Indonesia tidak ekstrem atau sekuat di Malaysia. Saya merasakan impak ‘blockout’ itu hanya di Malaysia.

“Mungkin kerana di Indonesia miliki negara yang besar, jadi ada sebahagian daripada masyarakat mempunyai pemikiran masing-masing tapi ianya tidak mengurangkan rasa solidariti terhadap Palestin.

“Mungkin ada di antara mereka yang bekerja di jenama-jenama tertentu (pro-Israel) dan tidak dapat berbuat apa-apa.

“Tapi jika berkaitan dengan solidariti dan kemanusiaan mereka tetap beri sokongan kepada saudara di Palestin,” ujarnya.

Rossa berkongsi kenyataan tersebut ketika ditemui di sidang media Konsert Divas & Diamods di The Majestic, Kuala Lumpur hari ini.

Tak pernah promosi produk pro-Israel

Dalam pada itu, pelantun lagu Aku Bukan Untukmu ini turut memberitahu bahawa dia tidak pernah mempromosikan sebarang produk yang menyokong Israel.

“Saya tidak mempromosi barangan jenama pro-Israel. Ia bergantung, kalau majlis tersebut untuk tujuan kerja dan bukan ‘hard sell’, mungkin saya tidak kisah untuk terlibat menghadirinya,” ujarnya lagi.

Gerakan #Blockout2024 dilancarkan selepas berakhirnya acara pertunjukan fesyen tahunan Met Gala di New York City pada 6 Mei lalu, tarikh yang sama Palestin diserang oleh tentera Israel.

Difahamkan, gerakan ini bertujuan untuk meluahkan rasa kecewa terhadap selebriti yang berdegil untuk terus mempromosikan barangan yang berkaitan dengan negara haram Israel.

Meskipun demikian, gerakan ini turut disambut baik di Malaysia, sehingga memberi kesan kepada selebriti tempatan yang tersenarai untuk diboikot, seperti Nadhir Nasar, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Mira Filzah, Meerqeen dan banyak lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This