Empat warga asing ditahan ceroboh Pusat Hidrografi Nasional

Dari Penulis

EMPAT lelaki warga asing ditahan selepas didapati menceroboh kawasan pintu utama Pusat Hidrografi Nasional, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dekat Pulau Indah, Pelabuhan Klang, malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian daripada pegawai Pusat Hidrografi Nasional pada pukul 8 malam.

Beliau berkata, siasatan mendapati pada pukul 6 petang, anggota TLDM yang bertugas di pintu masuk pusat tersebut mendapati terdapat empat lelaki dipercayai warga asing sedang berlehar-legar di jalan hadapan pintu masuk.

“Tidak lama kemudian, empat lelaki tersebut berjalan kaki dan sampai ke hujung pintu masuk dan berpura-pura mengambil gambar.

“Kesemua ditahan oleh anggota TLDM sebelum memaklumkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, polis tiba di lokasi dan membuat tangkapan terhadap lelaki berusia 21 hingga 36 tahun bersama rampasan telefon bimbit.

Semakan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod lampau.

Hoong Fong berkata, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pencerobohan jenayah dan Akta Imigresen 1959/63 bagi mengesahkan ketulenan paspot, permit dan pergerakan keluar masuk negara.

“Mahkamah Klang telah meluluskan permohonan reman selama tiga hari seheingga hari ini bagi kesemua suspek.

“Pegawai Penyiasat dalam proses melengkapkan kertas siasatan dan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This