POLIS mengesahkan pemandu e-hailing yang diserang oleh seorang pengiring kepada rombongan kenamaan telah diselesaikan secara baik.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya menerima laporan pertama oleh pengadu pada pukul 1 petang semalam.
Beliau berkata, pengadu mendakwa telah diserang oleh seorang pengiring rombongan kenamaan disebabkan salah faham arahan pergerakan mengalihkan kenderaan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
“Pada pukul 9.59 malam tadi, pengadu telah membuat laporan polis yang kedua menyatakan telah menyelesaikan salah faham secara baik dan tidak mahu memanjangkan kes,” katanya dalam satu kenyataan.
Rusdi berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulais berhubung kejadian ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

