KPDN tumpaskan sindiket seludup diesel menerusi Ops Tiris 3.0

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris 3.0 dalam satu serbuan yang dilakukan ke atas sebuah lori di sebuah stesen minyak di Jalan Jelapang, Ipoh, Perak pada 24 Mei lalu.

Ketua Pengarah KPDN, Datuk Azman Adam berkata, modus operandi sindiket itu adalah menggunakan lori yang diubahsuai dengan tangki tambahan dan mengisi minyak diesel di beberapa buah stesen minyak sebelum minyak diesel tersebut dikumpulkan dan diedarkan di pasaran gelap.

Jelas beliau, serbuan dilakukan setelah melihat lori tersebut sedang mengisi minyak diesel dalam keadaan yang mencurigakan dan dalam tempoh yang lama di stesen minyak tersebut.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut ke atas keseluruhan lori itu, pasukan serbuan telah menemukan minyak diesel dengan kuantiti keseluruhan berjumlah 1,700 liter di dalam sebuah tangki tambahan di dalam ruangan muatan lori tersebut.

“Tangki tambahan itu bersambung dengan tangki asal kenderaan itu selain beberapa peralatan lain yang digunakan untuk kegiatan penyelewengan minyak diesel.

“Sebuah lori berserta tangki tambahan yang mengandungi minyak diesel, hos paip, motor pam dan beberapa dokumen berkaitan serta peralatan-peralatan lain yang ditemui dalam lori tersebut telah disita bagi tujuan siasatan lanjut. 

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM23,655,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Azman berkata, seorang lelaki warga tempatan berumur 41 tahun yang juga merupakan pemandu lori berkenaan telah ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes itu sedang dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) bagi mengenalpasti individu atau syarikat lain yang terlibat dalam aktiviti ini serta rantaian pengedaran minyak diesel tersebut.

Azman menegaskan, KPDN memberi amaran keras ke atas mana-mana individu atau syarikat yang berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan. 

“Mana- mana orang yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM1 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta.

“Selain itu, syarikat ini juga akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613) iaitu kesalahan pengubahan wang haram bagi tujuan mengesan, membeku, menyita serta sehingga ke peringkat perlucutan hak ke atas apa-apa hasil pendapatan atau harta yang dijana daripada aktiviti haram penyelewengan berkaitan minyak diesel,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This