POLIS memburu sekumpulan lelaki yang terlibat dalam kejadian pergaduhan sehingga mendatangkan kecederaan di dalam sebuah kafe siber dekat Buntong, Ipoh pada malam Isnin.
Video penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/5898
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, semakan mendapati laporan mengenai kejadian telah dibuat oleh seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun.
Beliau berkata, dalam kejadian pukul 10.15 malam, pengadu bersama rakan yang sedang bermain permainan komputer telah didatangi lima lelaki warga tempatan.
“Kesemua suspek telah menyerang pengadu serta rakan dan mengalami kecederaan akibat diserang dengan pisau.
“Usaha mengesan suspek yang terlibat sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Orang ramai yang mempunyai makumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Izzat Ayob di talian 014-3218969.
Abang Zainal Abidin berkata, orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

