Permohonan graduan UM batal kes ingkar perintah pegawai polis ditolak

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

GRADUAN Univeristi Malaya (UM), Wong Yan Ke gagal dalam permohonannya bagi
membatalkan pertuduhan mengingkari arahan pegawai polis empat tahun lalu.

Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha memutuskan demikian selepas meneliti afidavit, hujahan bertulis dan lisan pihak pendakwaan dan pembelaan Yan Ke yang juga merupakan bekas Presiden Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY).

“Selepas meneliti afidavit-afidavit termasuk hujahan bertulis dan lisan kedua-dua pihak, maka mahkamah memutuskan permohonan pemohon (Yan Ke) adalah ditolak,” katanya.

Graduan Universiti Malaya (UM), Wong Yan Ke, 28, hari ini gagal dalam permohonannya bagi membatalkan pertuduhan mengingkari arahan pegawai polis empat tahun lalu. GAMBAR: Abd Razak Aid

Dalam kes ini Timbalan Pendakwa Raya, Asmaa’ Zamri selaku responden manakala peguam Chong Kar Yan mewakili Wong Yan Ke selaku pemohon.

Sementara itu ketika ditemui pemberita selepas prosiding selesai, Yang Ke menzahir kekecewaan apabila dia bersama peguam yang mewakili beliau yakin boleh membatalkan pertuduhan tersebut.

“Menerusi perbincangan dengan peguam, sebenarnya saya ada peluang membatalkan kes itu kerana pertuduhan itu tidak berasas.

“Saya akan terus berjuang dalam kes ini, tidak kira menang atau kalah,” katanya.

Pada 13 November 2020, Yan Ke, 28, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemuka terhadapnya di hadapan Majistret Nurshahira Abdul Salim.

Mengikut pertuduhan, Yan Ke selaku (orang kena saman)didakwa mengingkari perintah Asisten Superintendan Lee Robert supaya berhenti membuat rakaman video secara langsung ketika polis membuat serbuan di sebuah rumah, 7 November tahun sama.

Bagi kes ini, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sebulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini Yan Ke dilaporkan ditahan ketika polis menyerbu kediaman Presiden UMANY, Yap Wen Qing, untuk siasatan berhubung kenyataan kontroversi terhadap peranan Yang di-Pertuan Agong.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This