Babak tak senonoh pementasan teater: UM mohon maaf, tak kompromi pelanggaran garis panduan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku serta sebarang kegusaran timbul susulan adegan tidak senonoh dalam sebuah pementasan teater yang tular di media sosial.

UM dalam kenyataan menegaskan tidak berkompromi terhadap mana-mana pelanggaran garis panduan program atau peraturan yang telah ditetapkan.

Menurut UM, pihaknya memandang serius perkara itu serta mengambil maklum atas segala kebimbangan yang dibangkitkan.

UM turut memaklumkan persembahan tersebut telah diputuskan sebagai tidak layak untuk dinilai dengan tindakan susulan sedang dilaksanakan bagi memperkukuh pemantauan serta memastikan perkara seumpama itu tidak berulang pada masa hadapan.

“Untuk makluman, berdasarkan syarat-syarat umum dan peraturan pertandingan Karnival Teater (KARVITER) UM, setiap persembahan hendaklah bebas daripada unsur negatif, provokasi atau sebarang kandungan yang boleh menjejaskan nilai keagamaan, moral, etika, budaya serta nama baik universiti.

“Hasil penelitian mendapati adegan yang dipertontonkan adalah tidak selaras dengan skrip asal yang telah melalui proses tapisan dan jelas merupakan pelanggaran terhadap syarat pertandingan yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Semalam, Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) mengecam sekeras-kerasnya pementasan teater oleh salah satu pasukan teater kolej yang didakwa memaparkan unsur tidak senonoh dan kandungan melanggar batas norma kesopanan serta bercanggah dengan nilai agama Islam.

KMUM dalam kenyataan, memaklumkan pementasan yang sepatutnya menjadi medium seni, intelektual dan pembangunan sahsiah mahasiswa tidak boleh disalahgunakan sebagai ruang untuk menormalisasikan kandungan tidak bermoral dan mencetuskan ketidakselesaan dalam kalangan warga kampus.

Terdahulu, satu rakaman video memaparkan seorang lelaki dan wanita melakonkan babak intim di atas pentas tular di media sosial, sejak kelmarin.

Difahamkan, rakaman itu adalah sebahagian daripada pementasan teater diadakan di


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This