Tuntut mansuh matrikulasi, kenyataan UMANY bukan pendirian rasmi UM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KENYATAAN Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) yang menuntut supaya program matrikulasi dimansuhkan, tidak mencerminkan pendirian rasmi Universiti Malaya (UM).

Naib Canselor UM, Prof Datuk Seri Dr Noor Azuan Abu Osman menegaskan, program matrikulasi merupakan satu sistem pendidikan yang menyeluruh dan telah terbukti berperanan dalam menyediakan akses kepada pendidikan tinggi bagi pelajar daripada pelbagai latar belakang.

Menurut beliau, matrikulasi adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan dalam memastikan peluang pendidikan yang lebih inklusif dan saksama untuk semua.

Beliau menegaskan UM sentiasa menjunjung tinggi kebebasan bersuara dalam kalangan warga kampusnya selaras dengan semangat keterbukaan dan intelektualisme yang menjadi asas sesebuah institusi pengajian tinggi.

Baca artikel lain: Semakan kemasukan Program Matrikulasi Sesi 2025/2026 bermula hari ini

“Namun demikian, kebebasan ini perlu diiringi dengan rasa tanggungjawab serta pertimbangan yang wajar terhadap sensitiviti dan implikasi kenyataan yang dibuat terutama yang melibatkan dasar awam.

“UM kekal komited menyokong dasar pendidikan negara yang berteraskan prinsip keadilan, kebolehcapaian dan pembangunan modal insan demi kemajuan negara,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dituntut memansuhkan program matrikulasi dan menjadikan silibus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai satu-satunya piawaian kemasukan ke universiti awam.

Presiden UMANY, Tang Yi Ze berkata, pihaknya mendapati silibus STPM terbukti lebih baik, lebih mencabar dan turut diiktiraf di peringkat antarabangsa, termasuk oleh universiti ternama dunia.

Beliau berkata, pihaknya menerima banyak aduan bahawa ramai pelajar cemerlang STPM dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.75 hingga 4.0 masih gagal mendapat tempat dalam kursus pilihan mereka.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This