Seorang pendaki Malaysia maut di Gunung Denali, Alaska

Dari Penulis

SEORANG daripada tiga pendaki rakyat Malaysia yang terkandas pada ketinggian 19,700 kaki di Gunung Denali di Alaska, sejak Selasa lepas ketika membuat pendakian di gunung tertinggi di Amerika Utara itu, dilaporkan meninggal dunia.

Kelab Alpine Malaysia dalam satu hantaran di Facebook hari ini memaklumkan mangsa Zulkifli Yusuf, 37, dilaporkan meninggal dunia pada 6 pagi, 29 Mei (waktu tempatan), semasa berlindung di snow cave yang dikenali sebagai Football field.

“Punca kematian disyaki akibat High Altitud Cerebral Edema dan Hyporthermia dan akan disahkan melalui post mortem.

“Jenazah kini masih berada di tempat kejadian dan proses mengeluarkan jenazah mungkin mengambil masa untuk menunggu cuaca baik,” menurut hantaran itu.

Pihak Konsular Malaysia di Los Angeles juga telah dimaklumkan mengenai perkembangan tersebut dan akan membantu mangsa untuk proses seterusnya.

Baca artikel lain: Pemandu Satria maut bertembung treler dekat Felda Belara

“Pihak keluarga juga telah dimaklumkan dan kami ingin ucapkan takziah dan mohon rakyat Malaysia mendoakan mangsa,” menurut kelab itu.

Selain itu, hantaran tersebut turut memaklumkan bahawa mangsa kedua Zainudin Lot, 47, telah berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat pada 31 Mei, dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Talkeetna, Alaska.

“Keadaan beliau stabil dan mengalami luka beku di kedua belah tangan,” menurut hantaran itu.

Terdahulu, Denali National Park & Preserve dalam satu kenyataan pada 31 Mei mengesahkan pasukan penyelamat mereka berjaya menyelamatkan mangsa pertama daripada tiga yang dilaporkan terperangkap, Muhammad Illaham Ishak, 47, pada 28 Mei.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This