Aeril Zafrel nasihat ibu bapa ada anak tunjuk simptom autisme segera rujuk pakar, jangan malu! – “Anggaplah itu ladang pahala”

Dari Penulis

PELAKON, Aeril Zafrel akui bukan tugas mudah bagi ibu bapa yang memiliki anak autisme dan ia merupakan cabaran terbesar dalam kehidupan.

Menurut Aeril atau nama penuhnya Suhairil Sunari, 36, walaupun ada yang menafikan dan merasa malu dengan situasi anak istimewa, sebagai ibu bapa mereka sepatutnya membawa anak mendapatkan rawatan yang sesuai agar keadaan dapat dikawal dari awal.

“Saya rasa kadang-kadang ibu bapa tidak terima anak dia autisme. Bila ibu bapa tak terima, akan tidak hantar anak dia cepat-cepat untuk pergi mendapatkan rawatan. Mungkin sebab ibu bapa rasa malu.

“Bagi saya, kalau nampak simptom (autisme) cepat-cepat rujuk pakar, mungkin dari awal dapat dikawal,” ujarnya kepada URTV.

Aeril berkongsi kenyataan tersebut ketika ditemui di majlis sidang media pelancaran novel adaptasi filem Abnormal Buas di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur, semalam.

Selain itu, pemegang watak Imran dalam drama Serpihan Sayang turut menasihati orang ramai agar tidak mudah menyuruh ibu bapa anak autisme bersabar kerana mereka tidak mengalami dugaan yang sama.

Malah, dia juga menekankan bahawa ibu bapa harus berfikiran positif dan melihat dugaan tersebut sebagai peluang untuk mengumpul pahala di akhirat kelak.

“Sebenarnya kita tidak berada di tempat mereka, jadi kita tak boleh sewenangnya berkata sabar.

“Mungkin, kalau kita ditakdirkan mempunyai anak sebegitu anggaplah itu ladang pahala kita…terima qada dan qadar,” ujarnya.

Dalam majlis yang sama, Aeril turut mempromosikan filem terbarunya berjudul Abnormal Buas yang diadaptasi daripada sebuah novel.

Filem tersebut dibintangi Ahmad Yatim, Kodi Rasheed, Jalil Hamid, Emelda Rosemila dan ramai lagi.

Difahamkan, filem ini merupakan naskhah kedua terbitan Respected Citizen Sdn Bhd selepas Sabda Kekasih.

Untuk rekod, Aeril dan pelakon Wawa Zainal telah mendirikan bahtera perkahwinan pada 2013 serta dikurniakan empat orang cahaya mata, iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 10, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 8, Ayya Soffya, 4, dan Muhammad Fahri berusia 3 tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Keanggunan songket maroon burgundy, sentuhan eksklusif Man Kajang di majlis resepsi anak Che Ta, Ammar Effendy & isteri

DUNIA fesyen tanah air sekali lagi terpukau dengan keindahan busana pengantin yang digayakan oleh pasangan yang menjadi tumpuan ramai,...

More Articles Like This