Gelombang PN tidak pernah pudar, akan terus membara di PRK Sungai Bakap – Sanusi

Dari Penulis

PERIKATAN Nasional (PN) yakin gelombang yang dimilikinya tidak pernah pudar sebaliknya akan terus meledak setiap kali pilihan raya kecil (PRK).

Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, momentum itu akan menghangatkan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bakal dilangsungkan kelak.

“Saya optimis PN akan (kekal) menang di Sungai Bakap. Sekarang pun kita sudah bekerja (untuk kemenangan).

“Di Pulau Pinang, PN jarang sekali menang, dulu pembangkang hanya seorang. Sekarang ada tujuh wakil rakyat.

“Saya rasa mereka (Pakatan Harapan) yang ‘defensive’, kita (PN) akan mara lagi, tidak ada apa-apa yang merisaukan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, gelombang PN yang melanda negara didakwa semakin pudar dan ia membuka peluang kepada calon Pakatan Harapan (PH).

Baca artikel lain: Lelaki larikan barang kemas dipenjara 12 bulan

Mujahid yakin calon PH mempunyai peluang cerah dalam PRK Sungai Bakap dan kerusi tersebut akan menjadi titik tolak kepada permulaan perpecahan gelombang PN.

Muhammad Sanusi sebaliknya menegaskan, gelombang PN masih utuh dan yakin pengundi dari sebuah parti dalam gabungan PH juga akan memberi undi kepada calon PN.

“Saya yakin pengundi dari parti tersebut yang sekarang nampak ‘ruyup’, akan undi calon PN. Banyak isu di Pulau Pinang termasuk isu nasional dan kita akan bercakap tentang politik yang besar sebagai bahan kempen, bukan kepada hal peribadi orang.

“Kita mahu lihat politik negara sedang dipandu ke mana, menuju gaung atau apa? Jadi momentum sedia ada akan diteruskan, Pulau Pinang jiran kita saja, bersempadan Kulim, lalat dari Sungai Bakap terbang ke Kulim, lalat dari Kulim terbang pi Sungai Bakap, begitu dekat,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This