Kesunyian bukan faktor utama Dina Nadzir terpaksa bergelut dengan kesihatan mental

Dari Penulis

PENYANYI dan penyampai radio, Dina Nadzir menegaskan bahawa kesunyian bukan faktor utama yang menyebabkan dirinya kini diuji dengan masalah kesihatan mental.

Ujar Dina atau nama lengkapnya Faradina Mohd Nadzir, 39, dia sudah lama terbiasa dengan status ‘single’ dan merasakan tidak masuk akal jika isu ini dikaitkan dengan ketiadaan pasangan.

“Kalau nak kata kesunyian, saya sudah lama rasa ‘single’…sudah biasa.

“Bila kata kesunyian sebab tidak ada pasangan…mungkin. Tapi saya tidak sampai ke tahap seperti itu sebab sudah biasa dan tidak ingat bercinta itu bagaimana.

“Rutin harian tidak ada yang berubah melainkan daripada tiada pasangan kepada ada, buatkan saya sentiasa bergayut di telefon. Itu lain dan perkara ini berbelas tahun tidak dirasakan.

“Jadi kalau nak kata perkara ini yang menyebabkan saya nak menangis ia tidak masuk akal untuk saya,” ujarnya.

Dina berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di sidang media First Solo Concert Jaclyn Victor yang berlangsung di Madam Lee Nyonya, Hotel Palm Garden Putrajaya, semalam.

‘Pelaris’ sakit mental? Kena berani hadap risiko

Sementara itu, bekas peserta Gegar Vaganza musim kesembilan itu turut menyuarakan sokongan terhadap individu yang menggunakan isu kesihatan mental sebagai cara untuk mempromosikan produk, namun menasihati agar bersedia menanggung risiko yang mungkin timbul pada masa akan datang.

“Kalau orang nak guna isu kesihatan untuk promosikan sesuatu, teruskan. Saya kerja dalam dua bahagian iaitu di sebalik tabir dan di hadapan lensa kamera. Jadi ada sahaja perkara baik dan buruknya.

“Kalau gunakan alasan ada isu kesihatan mental untuk keluarkan lagu. Jadi untuk lagu seterusnya kau nak guna apa pula? Di situ kena guna kontroversi setiap masa.

“Itu adalah risikonya, tapi kalau itu sahaja cara untuk promosi…teruskan. Sebab kita tahu, dunia sekarang yang kita hidup ini susah untuk promosikan sesuatu.

“Kadang-kadang sedih lihat artis yang palsukan sesuatu berita kerana ingin promosikan sesuatu benda. Tapi saya faham sebab dia nak ambil perhatian dan setiap orang caranya berbeza. Jika ia terbaik untuk kau dan teruskan. Tapi pada masa akan datang ia mungkin tidak akan menjadi sebab kau dah tipu orang,” ujarnya lagi.

Dina didianogsis sejak bulan Mac lalu selepas merujuk masalahnya dengan pakar psikiatri di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan lain, Dina kini merancang untuk melancarkan beberapa buah lagu baharu pada tahun ini dan akan berkolaborasi dengan penyanyi dari Indonesia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This