Lebih 30,000 terima bantuan tunai pertama BUDI MADANI Isnin ini

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

LEBIH 30,000 individu, petani dan pekebun kecil komoditi bakal menerima bantuan subsidi tunai berjumlah RM200 pada hari Isnin ini, 10 Jun di bawah inisiatif BUDI MADANI. 

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, permohonan yang diluluskan itu akan disalurkan melalui akaun bank penerima. 

Menurut Kementerian Kewangan, penerima tanpa akaun bank pula boleh menuntut BUDI MADANI secara tunai dengan membawa MyKad di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Semenanjung Malaysia. 

“Pemohon yang berkelayakan masih boleh mendaftar untuk menerima BUDI MADANI. 

“Permohonan yang dibuat dalam bulan Jun 2024 layak menerima bayaran untuk bulan tersebut dan bulan seterusnya. 

“Permohonan yang dibuat selepas bulan Jun hanya layak menerima bayaran yang bermula pada bulan Julai dan tidak akan mendapat bayaran untuk bulan Jun,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

BUDI MADANI ialah usaha kerajaan memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak, terbahagi kepada bantuan individu (BUDI Individu), petani serta pekebun kecil (BUDI Agri-Komoditi) dan syarikat serta kenderaan pengangkutan (MySubsidi Diesel).

Baca artikel lain: Pemilik kenderaan diesel boleh mohon bantuan bulanan RM200 BUDI MADANI, mulai esok

Di bawah Belanjawan 2024, kerajaan komited untuk menyasar semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan, penyelewengan dan ketirisan subsidi rakyat.

Dianggarkan seramai 300,000 pemilik kenderaan diesel persendirian individu di Semenanjung Malaysia layak untuk menerima BUDI Individu.

Sementara itu, Kementerian Kewangan memberitahu, seramai 300,000 pemilik kenderaan diesel persendirian individu di Semenanjung layak untuk menerima BUDI Individu. 

Katanya, seramai 68,000 petani; 8,000 penternak dan 34,000 pengusaha akuakultur dengan skala kecil pula layak menerima manfaat daripada BUDI Agri-Komoditi. 

“Bagi membendung kenaikan kos sara hidup, kerajaan akan terus menyediakan subsidi diesel bersasar kepada kenderaan pengangkutan awam dan kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu. 

“Bantuan tunai disediakan kepada individu, petani dan pekebun kecil komoditi yang layak,” jelasnya. 

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan berkata, pemohon individu yang tidak diluluskan boleh membuat semakan permohonan serta mengemukakan rayuan di laman sesawang BUDI MADANI iaitu https:/budimadani.gov.my. 

Bagi pemohon petani dan pekebun kecil yang masih belum berdaftar di agensi di bawah kementerian, mereka dinasihatkan untuk berbuat demikian terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan BUDI MADANI. 

“Berdasarkan data permohonan setakat ini, majoriti pemohon yang tidak diluluskan adalah atas sebab tidak memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan. 

“Sebagai contoh, terdapat pemohon petani dan pekebun kecil yang tidak berdaftar di kementerian yang berkenaan,” katanya. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This