Situasi aman faktor Selatan Thailand terus jadi destinasi melancong rakyat Malaysia

Dari Penulis

ANALISIS

SITUASI aman di Selatan Thailand yang dibuktikan dengan tiada apa-apa kejadian keganasan dalam tempoh dua minggu lalu telah memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia untuk terus menjadikan wilayah itu sebagai destinasi melancong setiap kali musim cuti.

 Hakikatnya, walaupun rakyat Malaysia mengetahui konflik di wilayah berkenaan namun mereka tetap menganggap Selatan Thailand yang meliputi tiga wilayah utama ialah Narathiwat, Pattani dan Yala selain Hatyai selamat dikunjungi.

 Lagipun jika berdasarkan situasi semasa biarpun terdapat satu dua kejadian  melibatkan puak pemisah dengan anggota keselamatan, namun situasi wilayah tersebut boleh dianggap aman. Ia turut dipengaruhi dengan sikap umat Islam di Selatan Thailand yang mahu hidup aman damai.

 Mereka tahu jika konflik tercetus yang akan menjadi mangsa bukannya kelompok puak pemisah yang majoriti pemimpin berada di luar negara tetapi rakyat di Selatan Thailand. Sebab itulah mereka bersyukur apabila ribuan rakyat Malaysia terus menjadi wilayah berkenaan sebagai destinasi melancong.

 Kehadiran atau kedatangan pelancong Malaysia adalah satu rahmat kerana ia memberi rezeki kepada penduduk Islam Selatan Thailand, sekaligus akan membantu membangunkan ekonomi wilayah berkenaan. Lebih menarik lagi, berdasarkan komen dan pengalaman mereka yang pernah melancong ke sana, mereka menganggap Selatan Thailand adalah destinasi selamat, aman dan menarik.

 Namun begitu penulis percaya, keamanan yang terus kekal sejak dua minggu lalu juga sedikit sebanyak hasil kesepakatan yang dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa  Teknikal Bersama Kali Ke-10 Kumpulan Kerja Bersama Proses Damai (JWG)-PDP) di Kuala Lumpur pada 19 Mei lalu.

 Antara lain Pejabat Fasilitator Kerajaan Malaysia menyatakan berpuashati dengan kemajuan yang dicapai dan menyatakan pertemuan itu telah membuka jalan kepada kedamaian berkekalan dalam kalangan komuniti Pattani di Selatan Thailand.

 Oleh itu, keamanan yang dicapai dalam tempoh seminggu dua ini membuktikan Selatan Thailand bukanlah medan perang, Selatan Thailand bukanlah medan konflik yang tiada kesudahannya, Selatan Thailand bukanlah dijajah oleh sesiapa dan bukanlah mustahil untuk mewujudkan kedamaian  berkekalan di Selatan Thailand.

 Apa yang penting, komitmen semua pihak yang terlibat dalam rundingan untuk bersama-sama dengan fasilitator Malaysia diketuai Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin memastikan konflik di wilayah itu ditamatkan dan sekaligus memastikan Selatan Thailand benar-benar aman.

 Bagi rakyat Malaysia, mereka tidak nampak apa-apa bahaya dengan mengunjungi Selatan Thailand untuk melancong. Ia kerana mereka melihat sendiri bagaimana amannya bandar-bandar wilayah tersebut yang dipenuhi oleh pelancong dari negara ini.

 Mungkin  mereka akan tersenyum jika ada pihak menyatakan wilayah berkenaan tidak aman kerana kalau betul tidak aman sudah pasti ribuan rakyat Malaysia tidak akan menggadaikan nyawa mereka untuk ke sana.

 Apatah lagi, kalau mengikut kawan-kawan penulis yang pernah ke sana, penduduk Islam Selatan Thailand begitu seronok melihat suasana meriah di wilayah itu berikutan kehadiran rakyat Malaysia, oleh ereka amat berharap kedamaian akan terus berkekalan.

 Semoga Selatan Thailand terus aman dan menjadi destinasi pilihan utama rakyat Malaysia melancong demi kesejahteraan penduduk Islam di wilayah itu. Bagi penulis hanya kelompok yang ada kepentingan peribadi sahaja tidak mahu wilayah itu aman atau menganggap ia tidak aman, biarpun hakikatnya ia aman.Kenapa? Jawapan ada pada mereka.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This