PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dikatakan sedang menimbang untuk meletakkan calon bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang, 6 Julai depan.
Menurut laporan FMT yang memetik sumber, MUDA melihat PRK DUN Sungai Bakap sebagai masa yang tepat memandangkan reputasi Pakatan Harapan (PH) didakwa semakin menyusut.
Sumber yang juga pemimpin MUDA di Pulau Pinang itu turut melihat parti itu mempunyai peluang atas dasar telah melakukan kerja-kerja di lapangan terutama di Sungai Bakap.
“Data terkumpul parti menunjukkan reputasi PH dalam kalangan pengundi mereka menurun kesan prestasi gabungan itu.
“Pengundi tidak berpuas hati dengan kerajaan mahu pun pembangkang boleh menjadikan MUDA pilihan, yang mana aktif mahu dilihat sebagai kuasa ketiga,” kata sumber itu.
Bagaimanapun, sumber tersebut memaklumkan MUDA masih berbincang pro dan kontra sekiranya mahu mengambil bahagian dalam PRK Sungai Bakap.
Baca artikel lain: PN akan umum calon PRK Sungai Bakap pada 16 Jun – Tuan Ibrahim
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pengundian PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai depan.
Tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 22 Jun (Sabtu) dan 2 Julai (Selasa).
Kerusi DUN Sungai Bakap kosong susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff, 56, pada 24 Mei lepas semasa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) kerana mengalami keradangan dalam perut.
PRK Sungai Bakap merupakan PRK kelapan yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang pada Ogos tahun lalu, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.
Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRK DUN Sungai Bakap adalah daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan April 2024 yang dikemas kini sehingga 24 Mei lalu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

