Petani, pesawah layak terima subsidi diesel – Mat Sabu

Dari Penulis

GOLONGAN petani khususnya pesawah padi tidak akan terkesan dengan langkah penyasaran subsidi diesel kerana mereka layak menerima subsidi berkenaan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Mengakui wujud kekeliruan berhubung pemberian subsidi diesel dalam kalangan petani, beliau berkata, pihaknya akan turun padang memberikan penjelasan mengenai perkara itu.

“Subsidi diesel sedang berjalan, semua penanam padi yang menggunakan diesel diberikan subsidi… pendaftaran sedang berjalan, saya yakin kekeliruan dan salah faham ini akan berlaku dalam masa sebulan dua ini sahaja,” katanya pada Selasa.

Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas program libat urus bersama pemimpin peladang Pulau Pinang sempena Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Kawasan Tasek.

Beliau menjelaskan penyasaran subsidi diesel itu bukan bermaksud subsidi ditarik balik sebaliknya ia diberikan secara bersasar kepada golongan yang layak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan penyasaran subsidi diesel dilaksanakan untuk memastikan diesel tidak diberi kepada golongan maha kaya dan orang asing.

Baca artikel lain: Polis Perlis pantau sempadan elak penyeludupan diesel

Sementara itu, Mohamad berkata, sesi libat urus berkenaan antara komitmen Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara untuk lebih berdaya tahan dan mampan.

Beliau berkata, pada tahun ini, KPKM telah memperuntukkan RM3.2 juta merangkumi lima projek sambungan untuk Pulau Pinang melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

“Peruntukan pembangunan di bawah LPP itu memberi manfaat kepada enam Pertubuhan Peladang Kawasan seluruh Pulau Pinang dan Pertubuhan Peladang Pulau Pinang yang melibatkan 20,301 ahli peladang,” katanya.

Beliau berharap bajet pembangunan itu akan menyuntik semangat petani dan peladang di Pulau Pinang untuk terus memainkan peranan proaktif dalam merencanakan industri pertanian dan agromakanan.

  • BERNAMA
  • Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
  • Ikuti langkah ini:
  • Langkah 1: Layari utusantv.com
  • Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
  • Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
  • Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
  • Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This