Polis Perlis pantau sempadan elak penyeludupan diesel

Dari Penulis

POLIS Perlis akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa di kawasan sempadan negara dalam usaha membanteras kegiatan penyeludupan minyak diesel yang dipercayai akan terus berlaku meskipun selepas pelaksanaan penyasaran subsidi diesel bermula Isnin.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, pihaknya percaya penyeludup mungkin akan menyeludup minyak itu dengan kuantiti yang lebih banyak untuk mendapatkan keuntungan memandangkan harga diesel di negara ini masih tidak jauh berbeza sebelum dan selepas penyasaran subsidi itu.

Baca artikel lain: Nahas rombongan guru: APAD dapatkan laporan lengkap sebelum ambil tindakan

“Pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) sentiasa menyokong dasar kerajaan mengenai harga diesel bagi meneruskan kelancaran ekonomi negara… kita sedia bekerjasama dengan agensi berwajib bagi memantau kawasan sempadan di Perlis ini termasuk jalan darat dan laut.

“Kita sedia beri bantuan sokongan kepada agensi berwajib dalam membendung kegiatan penyeludupan minyak ke negara jiran,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N) pada Selasa.

Muhammad berkata, modus operandi penyeludup diesel dipercayai masih sama iaitu melalui laluan darat dan laut.

  • BERNAMA
  • Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
  • Ikuti langkah ini:
  • Langkah 1: Layari utusantv.com
  • Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
  • Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
  • Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
  • Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jentera Pas kawasan ditandingi Bersatu diarah bantu DUN lain

JENTERA Pas yang berada di kawasan ditandingi calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

More Articles Like This