KERAJAAN bertanggungjawab untuk membina kekuatan dalaman dengan memberi penekanan terhadap menyemarakkan industri tempatan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, ketika pelaburan asing telah berkembang baik serta aspek perdagangan adalah menarik, keperluan pelabur adalah mengenal pasti kekuatan industri tempatan.
“Apabila kita sebut mengenai pelaburan dalam bidang industri atau digital, tenaga dan AI (kecerdasan buatan), untuk mempercepatkan proses kelulusan pelabur mestilah dengan rangkaian bersama industri tempatan,” katanya dalam ucaptama pada majlis Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2024 malam tadi.
Anwar berkata, menerusi perbincangan dalam mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN), kerajaan turut memberikan perhatian mengenai keluhan serta usul yang dikemukakan oleh industri tempatan.
Baca artikel lain: Polis Perlis pantau sempadan elak penyeludupan diesel
“Kita bukan hidup dalam ruang selesa yang saya sebut sebagai budaya bersikap puas hati. Dalam mesyuarat, kita melihat apakah kekurangan dan kelemahan kita, apakah yang harus kita lakukan untuk perbaiki..apa lagi yang kita dengar daripada industri dan pelabur yang harus kita teliti semula dan perbaiki,” kata beliau.
Perdana Menteri menegaskan bahawa negara telah mencapai pelbagai kemajuan tetapi masih tidak menyamai kekuatan negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Vietnam yang bersaing rapat dengan Malaysia.
“Kita tidak lagi di ruang selesa. Kita gunakan, manfaatkan waktu kita untuk melakukan perbandingan dan melihat apa yang istimewa dan kekuatan yang ada pada (negara) jiran kita, yang bersaing dengan kita dan kita kenal pasti masalah itu dan kita tekankan kepada keperluan perubahan,” katanya.
- BERNAMA
- Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
- Ikuti langkah ini:
- Langkah 1: Layari utusantv.com
- Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
- Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
- Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
- Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

