Polis telah merakam keterangan lapan individu dalam siasatan kes kematian seorang remaja lelaki berusaha 17 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun yang disyaki akibat keracunan makanan Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata ia melibatkan keterangan daripada keluarga remaja dan kanak-kanak berkenaan, serta pembekal makanan kepada sekolah agama terlibat di Gombak, sejak hari kejadian.
Beliau berkata polis juga sedang mengenal pasti individu lain yang mengalami keracunan makanan akibat menjamah makanan pada program yang dianjurkan di sekolah agama berkenaan.
“Pihak polis juga akan memanggil pihak penganjur program, pengetua sekolah dan lain-lain individu yang terlibat dalam penyediaan makanan berkenaan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Dr Ummi Kalthom Shamsudin dalam kenyataannya semalam memaklumkan 82 individu yang hadir pada program berkenaan mengalami gejala berkaitan keracunan makanan.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

