PROTON namakan kereta elektrik keluarannya sebagai e.MAS

Dari Penulis

PENGELUAR kenderaan nasional pertama negara, Proton Holdings Bhd (PROTON) hari ini melancarkan nama dan logo baharu bagi model kereta elektrik (EV) pertamanya yang akan dikenali e.MAS (sebutan abjad ‘e ‘ dan ‘mas’).

E.MAS bermaksud Electrifying Malaysia dan gabungan simbol ‘e’ ber,maksud EV dengan singkatan MAS yang kebiasaannya mewakili nama Malaysia.

Bagi mengaitkan jenama e.MAS kepada PROTON, logo yang digunakan menampilkan paparan kepala harimau ‘tidak berkurung’ secara reka bentuk 2D yang selaras dengan aliran reka bentuk semasa untuk jenama EV yang cenderung kepada grafik yang lebih bersih dan kurang rumit.

Ia juga mengikatkan jenama baharu itu kepada logo PROTON yang menggunakan paparan yang sama tetapi pada format 3D untuk melambangkan syarikat bergerak ke hadapan ke arah kejayaan, memetik laporan BH Online.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong, berkata pelancaran jenama dan logo e.MAS menandakan satu langkah penting dalam perjalanan PROTON ke arah melancarkan model EV sendiri.

“Sebagai sebuah syarikat yang terikat dengan perindustrian Malaysia, kami sedar bahawa kami bertanggungjawab untuk menyediakan penyelesaian mobiliti yang relevan dan mampu dimiliki kepada semua rakyat Malaysia.

“Oleh itu, PROTON telah mempertimbangkan pendekatannya terhadap EV dengan teliti untuk membangunkan pangkalan pengetahuan dan memastikan kami mempunyai pemahaman yang menyeluruh tentang produk, teknologi dan keperluan pengguna sebelum jualan bermula,” katanya dalam ucapannya sempena pelancaran nama dan logo baharu EV pertama PROTON, hari ini.

Pelancaran e.MAS dan logo baharu ya disempurnakan Pengerusi PROTON, Tan Sri Syed Faisal Albar.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai PROTON, Roslan Abdullah.

Pada majlis sama, turut diumumkan pelantikan 17 pengedar EV Proton pertama yang telah memeterai perjanjian pada awal hari ini.

Menurut PROTON, permohonan kini dibuka untuk peniaga yang berminat menjadi pengedar dan sasaran awal adalah untuk membuka 30 cawangan menjelang 2025 dengan rancangan mengembangkan rangkaian jualan mengikut keperluan pasaran.

Chunrong berkata,sebagai jenama automotif pertama di Malaysia, adalah penting bagi PROTON untuk melabur dalam infrastruktur bagi menawarkan rangkaian perkhidmatan penuh kepada pembeli EV dan bukannya hanya menjual produk.

“Oleh itu, katanya, apabila model Proton e.MAS mula dijual, pelanggan boleh yakin bahawa setiap keperluan mereka akan diuruskan sama seperti pembeli model Proton semasa,” katanya.

Berikutan permulaan kerjasama dengan Geely pada 2017, rancangan telah dilaksanakan untuk memperkenalkan model Proton EV berikutan kejayaan model kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu syarikat itu yang mengembalikan PROTON kepada keuntungan.

Walaupun rancangan tertunda semasa pandemik COVID, aktiviti disambung semula dengan bertungkus-lumus dengan upcara menandatangan Memorandum Perjanjian (MOA) antara PROTON dan syarikat automobil, smart pada 19 Januari 2022.

Ia diikuti dengan pemeteraian Perjanjian Pengedaran Am (GDA) antara kedua-dua pihak pada 18 Ogos 2022 serta pembentukan PRO-NET pada 9 September tahun sama untuk menerajui jualan dan pengedaran kenderaan smart dan tawaran EV masa hadapan daripada PROTON.

Langkah seterusnya ialah tandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Gentari di Oktober 2022 untuk bekerjasama dalam mewujudkan infrastruktur pengecasan.

Ia turut diikuti dengan penghantaran 16 jurutera ke China pada Disember 2022 untuk Latihan Dalam Kerja (OJT) dalam EV dan bidang berkaitan seperti pengecasan dan servis.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

200 penerima STR dapat ganjaran Kempen BSN SSP, BSN GIRO-i 2025

SERAMAI 200 pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memenangi pelbagai hadiah menarik dan...

More Articles Like This