UMAT Islam dinasihatkan mengambil iktibar dengan menghayati mesej kesederhanaan yang dipaculkan dalam ibadah haji.
Pada masa sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengajak umat Islam supaya sentiasa tawaduk dan tidak terpukau dengan tarikan kemewahan dunia yang sementara.
Beliau berkata, dunia seharusnya menjadi jambatan untuk menuju negeri abadi dan umat Islam tidak seharusnya terpesong daripada tujuan.
Menurut Perdana Menteri, ibadah haji mempunyai maqasid kerohanian yang tersendiri bertujuan merubah jiwa manusia agar lebih zuhud dan sederhana.
“Tatkala berihram dengan pakaian serba putih nan kosong, kita diasuh dengan nilai kebersihan dan kesederhanaan.
“Segala busana mewah dan lencana kehormat harus ditinggalkan. Demikian juga wukuf di Arafah, suatu perhimpunan raksasa tanpa mengira status, darjat dan pangkat, membugar rasa insaf dan tawaduk di hadapan Azza wa Jalla.
Baca artikel lain: Harga runcit telur gred A, B dan C turun 3 sen sebiji – PM
“Inilah tonggak kekuatan haji yang tidak tertandingkan, terpancar menerusi penghayatan dan amalan,” katanya dalam perutusan sempena Hari Raya Aidiladha, hari ini.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri turut mengingatkan umat Islam tidak melupakan golongan asnaf sama ada di kota mahu pun desa di kala meraikan kemeriahan Aidiladha.
“Kongsilah nikmat Tuhan bersama mereka dan bahagiakan mereka dengan mengerjakan ibadah korban.
“Saya turut mendoakan agar para jemaah yang kini berada di Tanah Suci beroleh haji yang mabrur dan semoga pulang ke tanah air dengan sejahtera,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

