KERAJAAN melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersedia membantu mana-mana pihak yang berhasrat untuk menjalankan program agro pelancongan.
Menteri terbabit Datuk Seri Mohamad Sabu memberitahu, sokongan yang akan diberikan adalah dalam bentuk geran bagi memastikan mereka berkelayakan mendapat bantuan sewajarnya.
“Pihak kementerian sentiasa terbuka dan mengalu-alukan kepada semua yang berminat dalam pertanian untuk terlibat dalam agro pelancongan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Bekas pemilik syarikat mengaku tak bersalah tipu subsidi upah Perkeso lebih RM88,000
Beliau berkata demikian selepas meninjau Denai Kabus Agro Farm, Gerik dalam siri lawatan kerjanya di negeri Perak.
Mohamad melihat lihat Denai Kabus Agro Farm sebagai lokasi percutian menarik dan berkonsepkan agro pelancongan yang wajar menjadi ikutan ramai.
“Saya turut dimaklumkan lokasi ini semakin popular di kalangan masyarakat setempat.
“Berlatar belakangkan bukit-bukau dan tumbuhan hijau yang segar, Denai Kabus menawarkan ketenangan dan keindahan alam semulajadi.
“Saya juga dimaklumkan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini termasuk memancing, berkhemah, berkuda, bermain kayak, menggunakan ATV, dan fly fox,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

