[VIDEO] Pertaruhkan irama Latin menerusi single Mirame, Amiesyha yakin penerimaan positif pendengar

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

NAMA penyanyi Amiesyha pernah meniti di bibir peminat sekitar 2022 apabila muncul dengan lagu berjudul Gegar, duet bersama Noki K-Clique.

Malah, Lagu berentak hip hop itu juga pernah menjadi runut bunyi (OST) bagi filem Daddyku Gangster yang ditayangkan pada tahun sama.

Kini, setelah dua tahun, Amiesyha atau pemilik nama sebenar Ismar Amiesyha Ismail kini muncul dengan ‘buah tangan’ terbaharunya iaitu sebuah lagu irama Latin iaitu Mirame.

Bercerita lebih lanjut mengenai lagu tersebut, Amiesyha memberitahu ia sepatutnya menjadi single pertama buat dirinya dalam usaha mengejar impian menjadi seorang penyanyi.

“Pada 2022, saya sempat merakamkan dua buah lagu iaitu bermula dengan Mirame dan kemudian baru saya rakamkan lagu Gegar.

“Bagaimanapun, lagu Gegar terlebih dahulu diterbitkan memandangkan ia dijadikan sebagai OST untuk filem Daddyku Gangster,” ujarnya kepada URTV.

Mengenai pemilihan irama Latin untuk single baharunya itu, jelas Amiesyha dia sememangnya membesar dengan lagu-lagu Latin.

“Kalau lagu sebelum, Gegar berentak hip-hop, untuk lagu ini saya memang inginkan ada ‘vibes’ Latino kerana saya cukup menggemari irama Latin,” katanya.

Pada masa sama, Amiesyha mengakui lagu Mirame ini sememangnya menjadi inspirasi buat dirinya untuk bergelar seorang penyanyi.

Ujarnya, menerusi bait-bait lirik dalam lagu berkenaan, ia berkisarkan tentang kekuatan diri seseorang untuk tidak mengendahkan sebarang kata-kata negatif orang lain.

“Mirame adalah perkataan dalam bahasa Latin yang bermaksud ‘Look At Me’ (Lihatlah Saya). Ia adalah sebuah lagu ‘hype’ yang beritahu kepada pendengar, sejauh mana orang tak suka kepada kita, kita tak perlu hiraukan apa yang nak kata. Biarlah orang lihat sendiri bakat dan kebolehan kita.

“Macam saya sendiri, apabila nak menjadi penyanyi memang ada segelintir yang skeptikal persoalkan siapa saya yang tiba-tiba nak jadi penyanyi? Jadi, saya tak perlu hiraukan pandangan sebegini dan saya mahu menjadi diri sendiri,” jelasnya.

Mengenai harapannya terhadap single Mirame, Amiesyha menyatakan agar lagu baharunya itu dapat diterima pendengar.

Menurutnya, kini adalah masa yang paling tepat untuk dia melancarkan lagu tersebut setelah tersimpan selama dua tahun.

“Lagu ini pun dah siap dirakamkan, termasuklah dengan muzik video sekali. Kini, ia masa yang paling sesuai untuk dilancarkan kerana kalau disimpan terlalu lama, ia akan menjadi ‘basi’ pula.

“Saya juga ada beri beberapa kenalan untuk dengar lagu Mirame dan rata-rata mereka telah memberikan respons yang positif dan yakin lagu ini boleh pergi lebih jauh,” ungkapnya.

Mirame yang merupakan lagu ciptaan dan lirik oleh Datuk Ayu Omel dan Budakbro sudah boleh didengar di semua platform digital serta saluran YouTube D’Ayu Music mulai hari ini bermula jam 8.30 malam.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This