Lelaki miliki 14 rekod jenayah cedera perut ditembak polis

Dari Penulis

SEORANG lelaki cedera ditembak selepas bertindak merempuh kenderaan polis di hadapan sebuah gerai makan dekat kawasan Serendah pada 4.40 petang hari Jumaat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian berlaku apabila sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Mualim mengekori sebuah Perodua Alza yang mencurigakan.

Beliau berkata, ketika sampai di lokasi kejadian, polis telah menghalang kenderaan suspek.

“Suspek bertindak merempuh kedua-dua kenderaan sehingga membahayakan nyawa anggota polis.

“Pasukan polis telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan suspek,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, pemeriksaan mendapati suspek mengalami kecederaan di perut akibat ditembak dan telah dibawa ke Hospital Selayang.

Katanya, suspek kini telah disahkan dalam keadaan stabil oleh pegawai perubatan.

“Semakan mendapati suspek berusia 30-an dan mempunyai 14 rekod lampau melibatkan jenayah dan dadah,” ujarnya.

Suspek kini direman sehingga Jumaat dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This