Malaysia terus sokong henti kekejaman di Palestin termasuk penyelesaian dua negara

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA akan terus menyokong segala usaha yang direncana pelbagai pihak bagi memastikan kekejaman dilakukan terhadap rakyat Palestin di Gaza dihentikan termasuk melalui penyelesaian dua negara.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebarang usaha yang sedang digerakkan untuk memberhentikan pembunuhan besar-besaran di Palestin itu mesti disokong dahulu sebelum isu-isu lain.

Menurut Mohamad, sokongan Malaysia terhadap Palestin itu termasuk persetujuan resolusi gencatan senjata berfasa yang dibawa Amerika Syarikat (AS) pada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), baru-baru ini.

“Kita amat gembira kerana selalunya jika AS membuat usul di PBB atau di Majlis Keselamatan PBB, yang lain tidak menyokong tetapi pada kali ini 14 negara termasuk bukan ahli tetap Majlis Keselataman PBB menyatakan sokongan.

“Kita nak lihat cara mana untuk pastikan kekejaman dan pembunuhan terhadap rakyat Palestin dapat dihentikan atas platform apa sekali pun.

“Kita menyokong penuh usul yang telah dilakukan termasuk bermula daripada Oslo Accord pada 1993 dan di Taba, Mesir pada 1995 demi menyelesaikan isu Palestin.

“Malaysia menyokong apa jua usaha termasuk menyelesaikan konflik melalui penyelesaian dua negara,” katanya dalam Sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Baca artikel lain: Angka korban rakyat Palestin akibat serangan Israel cecah lebih 37,000

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) sama ada kerajaan akan menyemak semula dasar ‘two-state solutions’ atau penyelesaian dua negara bagi mempertahankan kedaulatan rakyat Palestin di Gaza.

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau telah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara AS, Anthony Blinken bagi menyatakan ketegasan untuk melaksanakan usul tersebut.

Beliau berkata, resolusi tersebut mengandungi tiga fasa iaitu gencatan senjata kekal, kemasukan bantuan kemanusiaan dan pembebasan tebusan; pertukaran warga Palestin dan pengunduran penuh tentera Israel di Gaza serta pembinaan semula Gaza.

“Isunya sekarang pembunuhan ini mesti diberhentikan dahulu, lepas itu kita cari jalan (kemudian) kerana setiap hari orang dibunuh.

“Kita menyokong usul tersebut dan AS yang membawa resolusi itu perlu memastikan ia direalisasikan segala yang terkandung dalam usul itu.

“Sama ada Israel tak terima, itu terpulang kepada AS kerana mereka bersekutu (dengan Israel) dan tanggungjawab mereka untuk pastikan rejim zionis Israel memenuhi serta mematuhi resolusi yang telah pun dibuat Majlis Keselamatan PBB,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Wanita maut kemalangan Myvi, Axia di Sungkai

SEORANG wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan antara dua kenderaan iaitu sebuah Perodua Myvi dan sebuah Perodua Axia di...

More Articles Like This