Langkawi diposisikan sebagai destinasi pilihan pelancong Islam

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya merancang untuk memposisikan Pulau Langkawi sebagai destinasi pulau pilihan pelancong Islam pada masa akan datang.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan memaklumkan, ia sebahagian perancangan kementerian itu bagi memastikan Pulau Langkawi mampu bersaing dengan destinasi pelancongan di negara jiran.

Menurut Khairul Firdaus, pihaknya perlu mewujudkan sektor pelancongan berfokus atau niche kerana melihat Langkawi sukar bersaing dengan pulau-pulau pelancongan di negara jiran.

“Mungkin kita akan memposisikan Langkawi sebagai pulau pilihan muslim supaya ia lebih ke arah kekeluargaan dan kerohanian.

“Itu sebabnya setiap negeri perlu memainkan peranan masing-masing… Tidak perlu setiap negeri melakukan perkara sama kerana ia akan menjejaskan dari sudut persaingan itu sendiri,” katanya dalam Sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Teresa Kok Suh Sim (PH- Seputeh) berhubung usaha kerajaan untuk menarik pelancong asing ke negeri yang melaksanakan dasar kurang mesra kepada pelancong asing.

Baca artikel lain: LTdL kembali ke Langkawi, pertama kali ke bumi Kenyalang

Mengulas lanjut, Khairul Firdaus berkata, kebimbangan yang dibangkitkan Teresa itu sebenarnya bukanlah satu isu besar, malah berada dalam keadaan terkawal.

“Saya secara jelas ingin memaklumkan setakat ini apabila kita ke setiap negeri dan buat sesi libat urus dengan kerajaan negeri, apa yang dibangkitkan Seputeh itu (sebenarnya) dalam keadaan terkawal dan baik.

“Saya mohon untuk kita tak perlu memperlihatkan perkara-perkara yang sebenarnya tidak serius,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, Malaysia menerima ketibaan 7.5 juta pelancong asing antara Januari hingga April tahun ini, berbanding 5.9 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

“Jumlah itu secara jelas menunjukkan bahawa strategi dilaksanakan sedikit sebanyak memberikan kesan yang baik,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This