Ruhainies selar tindakan pihak tak beradab sebar fitnah menerusi ‘kad jemputan pertunangan’ dengan Aliff Aziz

Dari Penulis

BERANG terhadap beberapa individu yang bertindak menyebarkan fitnah tanpa asas yang mengakibatkan nama Ruhainies dan Aliff Aziz turut terpalit.

Ruhainies berkongsi di IG Story (Instagram) satu kad digital jemputan pertunangan yang tertera nama dirinya dan Aliff.

Kad jemputan tersebut telah menimbulkan kekeliruan dan spekulasi dalam kalangan netizen yang percaya bahawa pelakon itu akan bertunang dengan Aliff.

Pelakon berumur 31 tahun ini menegaskan bahawa individu terbabit bakal diambil tindakan kerana bersikap tidak bertanggungjawab demi mempromosikan perniagaan atau meraih ‘view’ semata-mata.

Tindakan penyebaran fitnah ini dianggap melampaui batas dan tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan undang-undang.

“Saya akan pastikan ‘you will pay for it’.

“Pengajaran untuk syarikat lain juga yang tidak bertanggungjawab yang selama ini reka cerita demi naikkan followers dan viewers,” tegas Ruhainies

Ruhainies turut meluahkan rasa terkilan dan meminta agar netizen tidak mempercayai apa yang dikongsi di media sosial.

Pelakon ini menasihati para pengikutnya di Instagram untuk lebih berhati-hati dan bijak menilai setiap maklumat yang diterima melalui platform media sosial.

“Saya dah lama berdiam, kepada pengguna Instagram yang saya hormati, bijaklah menilai dan jangan cepat percaya apa yang dipaparkan di media sosial.

“Fitnah dah jadi kebiasaan untuk mereka ini. Dunia ini dah terlalu tenat,” tegasnya lagi di IG Story miliknya.

Ruhainies juga memohon agar semua pihak berhenti menyebarkan fitnah dan tidak menjadikan ia sebagai kebiasaan dalam hidup.

Menurutnya, budaya menyebarkan fitnah harus dihentikan segera demi menjaga keharmonian dan reputasi setiap individu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This