Zynakal terlibat kemalangan, kena langgar dengan kereta tak bagi signal nak masuk simpang!

Dari Penulis

Penyanyi, Zynakal dikhabarkan terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal bersama beberapa rakannya, ahad lalu.

Insiden tersebut dikongsikan rakannya, pelakon Raja Atiq di story Instagram miliknya.

“Man down, get well soon Zayn. Punca, elak kereta sebab tak bagi signal.

“Tolonglah rakyat Malaysia, bagi la signal, tak susah pun dan kami tak laju pun,” katanya.

Raja Atiq turut berkongsi lagi, Zynakal, 25, tidak mempunyai kecederaan serius dan telah mendapatkan rawatan di klinik berdekatan.

“Alhamdulillah, tiada kecederaan yang serius, kami ride okay sahaja tadi.

“Masa nak balik hampir sampai rumah, baru jadi, tidak apa lah yang penting okay,” kongsinya.

Bagaimanapun, info lanjut mengenai keadaan Zayn sekarang belum diketahui.

Namun, Zayn ada memuat naik gambar kemalangannya di story Instagram miliknya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This