EMPAT warga asing termasuk seorang wanita ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian pecah rumah di Kampung Ampang Indah, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pengadu seorang lelaki tempatan telah menerima panggilan daripada kakaknya pada pukul 3.10 pagi untuk melihat rumah di Ampang.
Beliau berkata, pengadu sampai ke rumah dan dapati ruang tamu serta bilik dalam keadaan berselerak.
“Pengadu telah membuat semakan dan mendapati terdapat barang hilang.
“Pengadu mengesyaki rumah telah dipecah masuk melalui tingkap bilik belakang dan gerigi besi telah dipecah serta dicabut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, pada pukul 6 petang, empat suspek berusia 23 hingga 35 tahun ditahan di Kampung Tasek Permain, Ampang.
Turut dirampas dua buah telefon bimbit, sebuah komputer riba, tablet, empat utas jam tangan, satu tali jam tangan dan beberapa pakaian bagi membantu siasatan.
Katanya, modus operandi suspek menyasarkan rumah teres tidak berpenghuni ketika melakukan pecah rumah.
“Hasil ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.
“Semakan dapati suspek pertama mempunyai satu rekod jenayah narkotik,” ujarnya.
Mohd Azam berkata, permohonan reman telah dibuat dan Mahkamah Ampang membenarkan selama tujuh hari sehingga Ahad.
Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

