Kerajaan belum buat sebarang keputusan mengenai subsidi petrol – PM

Dari Penulis

KERAJAAN belum membuat sebarang keputusan mengenai keperluan merasionalisasikan subsidi petrol RON95, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kenyataan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli sebelum ini, lebih menjurus kepada soal subsidi bersasar diesel yang perlu diteliti kerajaan tentang pelaksanaannya dan sekiranya ada dalam kalangan rakyat yang merasa terjejas, mereka boleh mengemukakan permohonan rayuan untuk bantuan subsidi.

“Saya baca teks Rafizi, dia kata kita tumpu soal diesel yang perlu kita teliti sama ada pelaksanaan berkesan dan jika kalau ada dalam kalangan rasa terjejas harus kemukakan.

“Saya tengok (dalam) konteks itu yang dia tekankan dan yang lain-lain belum ada apaapa keputusan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Menara Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Pulau Pinang hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Rafizi ketika diwawancara Bloomberg ketika menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Dalian China, pada Khamis yang berseloroh mengenai ‘kejutan petrol’ selepas pemansuhan subsidi pukal diesel.

Sementara itu, mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Neggiri, Kelantan Anwar berkata Kerajaan Perpaduan akan mengadakan perbincangan mengenainya.

“Nenggiri tu biar diorang bincanglah,” katanya ringkas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Nenggiri diadakan pada 17 Ogos dengan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 3 Ogos, manakala undi awal ditetapkan pada 13 Ogos.

Ia susulan kekosongan luar jangka selepas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim, diisytiharkan hilang keahlian Bersatu pada 13 Jun.
— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Rebat RM200 beli penyaman udara, peti sejuk cekap tenaga menerusi NUR@PETRA bermula Julai

PENGGUNA boleh menikmati rebat sebanyak RM200 bagi pembelian penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga menerusi pelaksanaan program Nikmat...

More Articles Like This