Nora Danish makin cantik & ayu kongsi foto berhijab

Dari Penulis

PELAKON Nora Danish menarik perhatian orang ramai apabila memuat naik fotonya memakai hijab dalam satu hantaran di Instagramnya.

Menerusi hantaran tersebut, Nora atau Nora Mohd. Danish Hanif, 42, membuat kejutan selepas memuat naik tiga keping foto dirinya memakai ‘hoodie’ berona kelabu dan mengenakan hijab berwarna hitam.

Pun begitu, pelakon tersebut dilihat menutup ruangan komen hantaran tersebut namun tetap dihujani dengan banyak tanda ‘likes’ dari orang ramai.

Sebelum ini, ibu kepada dua orang anak tersebut juga dilihat sering memakai hijab ketika menghadiri majlis ilmu.

Tambahan lagi, melihat kepada Story Instagram nya, Nora ada berkongsi satu gambar yang berkisarkan tentang kesederhanaan dalam berpakaian.

“Berhenti simpan pakaian dan kasut untuk acara-acara tertentu (istimewa). Gayakan sahaja apabila anda mahu.

“Sekarang ini, berpeluang untuk terus hidup itulah satu keraian yang istimewa,” kongsinya di tulisan ulang siar tersebut.

Untuk info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 sebelum sah bercerai pada 19 Jun lalu.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl yang berusia enam tahun.

Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, serta bercerai pada 2008.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This