KEMENTERIAN Pengajian Malaysia (KPM) akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menyaring jumlah pelajar cemerlang 10A yang telah membuat permohonan ke program matrikulasi KPM.
KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, langkah itu turut meliputi program-program melalui UPUOnline oleh Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA).
Jelas KPM, ia juga membolehkan mereka yang tidak ditawarkan tempat dapat diselaras semula tawaran berdasarkan kepada pilihan program pelajar.
“Tawaran tempat dan jurusan adalah bergantung kepada kelayakan calon dan kekosongan Program Matrikulasi KPM manakala KPT akan fokus kepada kemasukan program-program asasi dan diploma di Universiti Awam.
“Ketetapan ini dibuat bagi memastikan pelajar cemerlang SPM dan daripada keluarga B40 mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian,” jelas kenyataan tersebut.
KPM menambah, pada masa yang sama, sistem kuota bumiputera sedia ada bagi Program Matrikulasi KPM kekal dan tidak terjejas.
Menurut KPM, Kerajaan Madani komited memastikan akses pendidikan dapat dipertingkatkan demi manfaat semua pelajar yang merupakan aset masa hadapan negara.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

