Liyana Jasmay terkejut bacaan kolestrol tinggi walaupun amalkan pemakanan sihat

Dari Penulis

PELAKON dan penyanyi terkenal, Liyana Jasmay, baru-baru ini terkejut apabila mendapati paras kolesterolnya berada pada tahap yang membimbangkan.

Liyana, yang selama ini dikenali dengan gaya hidup sihatnya, tidak menyangka bahawa dirinya berhadapan dengan masalah kesihatan yang serius.

“Saya baru sahaja pemeriksaan dan saya sangat terkejut melihat bacaan kolesterol, Tegas Liyana

Liyana berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Instagram.

“Bacaan kolesterol saya ialah 5.92, agak tinggi untuk usia saya! Boleh jadi lebih teruk!” katanya.

Liyana, yang sentiasa mengamalkan diet seimbang dan bersenam secara berkala, mengakui bahawa dirinya kini lebih berhati-hati dalam menjaga kesihatan.

Liyana juga tidak ketinggalan berkongsi pengalaman ini dengan peminatnya di media sosial, berharap agar mereka juga lebih mengambil berat tentang kesihatan.

“Saya ingin mengingatkan semua orang betapa pentingnya melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala,” ujar Liyana.

Sekadar info, bacaan paras bacaan kolestrol yang normal adalah 5.17, sekiranya melebih sehingga 6.21 adalah dianggap tinggi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This