Sudah jarang kongsi foto bersama, peminat tanya mana Fattah Amin? Fazura jawab ‘ada di rumah’

Dari Penulis

PASANGAN pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin baru-baru ini menimbulkan kerisauan wargamaya kerana sudah dilihat jarang bersama.

Melihat kepada hantaran-hantaran di media sosial mereka, ramai yang membuat spekulasi mengenai rumah tangga mereka yang mungkin ada masalah dan bersoal tentangnya.

“Fattah jarang dah komen Instagram Kak Faz.

“Itu lah, ada apa? Kami tertanya-tanya. Hargailah peminatmu kenapa diam.

“Bukan Fattah sahaja, rasanya dua-dua tidak komen antara satu sama lain. Sedangkan waktu Hari Bapa pun Fazura tidak ucap kepada Fattah. Semasa Hari Ibu pula Fattah ucapkan dengan lagu sedih. Fazura keluar pun sekarang dengan geng dia saja, tidak lagi keluar dengan Fattah.

“Moga yang baik-baik sahaja untuk mereka berdua dan saling memaafkan antara mereka,” komen pengikutnya di hantaran Instagram Fazura.

Bagi tidak memanjangkan spekulasi tersebut, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, menjelaskan mereka hanya mahu menyimpan hal peribadi sendiri dan tidak berkongsi kepada umum.

Tambahan lagi, katanya dia lebih memilih untuk membuat hantaran mengenai kejadian yang menimpa saudara Islam di Rafah, Palestin.

“Ada di rumah. ‘keeping things more private these days’. All eyes on Rafah,” tulisnya di ruangan komen yang bertanya tentang keberadaan Fattah dan anaknya, Fatimah.

Untuk makluman, Fazura dan Fattah Amin telah mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Fatima Aisya, 4 tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kembali selepas 5 tahun, Gerak Khas 2.0 tampil lebih sinematik & mendebarkan

SETELAH lima tahun menyepi dan meninggalkan kerinduan mendalam buat peminat setianya, jenama yang pernah mendominasi landskap drama tempatan selama...

More Articles Like This