POLITIK kebencian kini didakwa sudah menjadi budaya yang diguna pakai tanpa sempadan oleh semua pihak.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa, Barisan Nasional (BN) pernah menjadi mangsa gaya politik tersebut sehingga tumbang pada pilihan raya umum yang lalu.
“Kita pernah dengar kononnya 40K pengundi hantu diimport guna 16 penerbangan khas setiap hari masa PRU ke 13. PRU14 timbul pula cerita wujud pengundi hantu Bangla.
“BN pun jalan terus walau pernah jadi mangsa politik kebencian. BN tidak mungkin tumbang tanpa politik kebencian,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Tabika Pra Tahfiz KEMAS bukti Islam lebih kukuh di bawah Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan persekitaran politik negara dipenuhi dengan kebencian yang terlalu menebal.
Tambah beliau, pelbagai pelaksanaan yang dibuat oleh kerajaan sering dijadikan isu politik oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Ujar Puad, Perdana Menteri wajar dipuji kerana tidak terganggu dengan pelbagai hasutan politik kebencian.
“PM memang betul. Fakta tolak tepi. Itulah punca politik kebencian. Tapi itulah budaya yang diguna pakai tanpa sempadan oleh semua pihak.
“Ada juga yang mengaku kerja dia ialah menghasut. Apakah itu bukan politik kebencian? PM wajar dipuji kerana tidak terganggu dengan politik kebencian. Jalan terus,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

