PH bedah siasat kekalahan di Sungai Bakap

Dari Penulis

PAKATAN Harapan (PH) akan melakukan bedah siasat berhubung kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya menerima keputusan itu secara terbuka kerana ia adalah suara pengundi kawasan berkenaan.

“Keputusan ini adalah satu terjemahan suara rakyat terhadap apa yang berlaku di sini dan (Kerajaan) Perpaduan akan melakukan post mortem (bedah siasat) terhadap keputusan ini.

“Walaupun kempen dilaksanakan dengan baik bersama parti komponen namun kita masih gagal untuk meyakinkan rakyat.

“Jadi, kita akan meneliti semula gerak kerja sepanjang kempen ini, sebab apa yang berkaitan, kelemahan, kekuatan atau sebab-sebab lain,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Pusat Penjumlahan Undi bagi PH di Bukit Jawi Golf Resort, hari ini.

Kon Yeow berkata, peratusan mengundi bagi kaum Cina termasuk India turun lebih daripada 10 peratus sekali gus memberi kesan kepada keputusan dengan jurang majoriti lebih besar.

Baca artikel lain: Anwar ucap tahniah kepada Presiden baharu Iran, Dr Masoud Pezeshkian

“Secara keseluruhannya peratusan keluar mengundi yang dicatatkan sekitar 63 peratus kurang berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu yang kita sudah jangkakan pada PRK ini.

“Jumlah pengundi Cina termasuk India (keluar mengundi) didapati menurun lebih 10 peratus dan kita akan menganalisa perkara ini dengan lebih mendalam bagi mendapatkan gambaran lebih jelas.

“Bagaimanapun, kita akan mencari penyelesaian kepada isu-isu rakyat di sini, kita tidak akan ketepikan rakyat yang memerlukan bantuan di Sungai Bakap,” katanya lagi.

Perikatan Nasional (PN) berjaya mempertahankan kerusi DUN Sungai Bakap selepas calonnya Abidin Ismail menang dengan majoriti 4,267 undi.

Calon PN itu memperoleh 14,489 undi menewaskan pencabarnya dari Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin yang juga bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara yang meraih 10,222 undi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This