Polis perlu undang-undang khusus bendung buli siber – Razarudin

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan undang-undang yang lebih terperinci bagi membendung masalah buli siber secara berkesan, kata Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain.

Razarudin berkata polis ketika ini terpaksa menggunakan peruntukan undang-undang yang berbeza dalam menangani kes berkenaan seperti Kanun Keseksaan dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998.

“Apabila membabitkan kes peras ugut dan ugutan, polis akan melakukan siasatan mengikut Kanun Keseksaan dan apabila melibatkan kata-kata penghinaan berbentuk kecaman serta ayat jelik, kes itu disiasat mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau telah mengadakan pertemuan bersama dengan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil bagi membincangkan keperluan undang-undang khusus mengenai buli siber.

Beliau berkata dalam pertemuan itu, dua jabatan dalam PDRM iaitu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) turut hadir membincangkan serta memperincikan perkara berkenaan.

Semalam, Fahmi berkata dalam usaha menangani masalah buli siber di platform media sosial, Kementerian Komunikasi akan meneliti pindaan undang-undang sedia ada di bawah Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selain undang-undang lain yang berkaitan.

Beliau turut memaklumkan kerajaan juga akan meneliti jika terdapat keperluan bagi mewujudkan atau menggubal akta baharu khusus untuk buli siber.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This