Misteri kecurian rambut

Dari Penulis

Kisah ini berlaku pada bulan Jun 1942 yang mana ia menjadi episod permulaan kepada satu kejadian aneh di Pascagoula, Misssippi, Amerika Syarikat. Seluruh penduduk di bandar berkenaan berada dalam ketakutan akibat daripada insiden yang berlaku.

Kejadian yang dimaksudkan adalah kes kecurian rambut penduduk yang hanya disedari selepas bangun daripada tidur. Anehnya, hanya golongan tertentu menjadi sasaran utama dalam insiden berkenaan. Mereka terdiri daripada kumpulan kanak-kanak perempuan yang memiliki rambut berwarna perang.

Mangsa terawal yang dilaporkan adalah Mary Evelyn Briggs dan Edna Marie Hydel. Ketika itu, mereka sedang tidur di sebuah biara di bandar berkenaan. Kedua-dua mereka tidak menyedari kejadian yang dialami sehinggalah selepas bangun tidur pada keesokan pagi.

Penduduk bandar mula berasa bimbang apabila menerima laporan yang sama berkaitan kes tersebut daripada keluarga lain. Seminggu selepas kejadian, seorang kanak-kanak perempuan, Carol Peattrie dilaporkan menjadi mangsa seterusnya. Perkara berkenaan disedari oleh ahli keluarga sejurus dia bangkit daripada tidur.

Hal itu semakin menakutkan golongan ibu bapa terutama mereka yang memiliki anak perempuan dengan ciri sama seperti mangsa pada insiden lepas.

Ekoran daripada kejadian yang berlaku, penghuni bandar mula menyedari tentang beberapa perkara. Selepas diteliti, kejadian kecurian rambut secara misteri itu hanya berlaku malam Isnin dan Jumaat pada setiap minggu. Dalam masa sama, si pelaku menggunakan tingkap rumah sebagai laluan untuk menyusup masuk ke bilik mangsa.

Selain itu, tiada laporan tentang kehilangan barang berharga daripada mangsa dan keluarga. Hanya keadaan rambut yang digunting tanpa sedar oleh individu misteri. Malah, helaian rambut yang dipotong juga dalam kuantiti sedikit. Kesemua sebab-sebab tersebut menimbulkan perasaan curiga terhadap penduduk.

Bagi mengatasi masalah tersebut, penghuni kawasan berkenaan tekad untuk menangkap suspek yang digelar sebagai ‘tukang gunting rambut hantu’. Bagaimanapun, usaha mereka gagal kerana kejadian yang sama masih berulang.

Paling teruk, sepasang suami isteri telah bergelut dengan si pelaku sehingga mengakibatkan kecederaan. Pasangan ST Heidelberg mengalami cedera ringan namun suspek sempat menggunting rambut si isteri, RR Taylor.

Difahamkan, kira-kira dua inci rambut Taylor berjaya dipotong semasa kejadian. Ketika pergelutan berlaku, suspek menggunakan kain untuk menutup muka mangsa. Siasatan mendapati terdapat cecair kloroform yang diletakkan pada fabrik berkenaan. Mangsa telah membuat laporan polis mengenai peristiwa yang berlaku.

Siasatan polis telah membawa kepada tangkapan seorang suspek dikenali sebagai William Dolan. Individu berusia 57 tahun ketika itu ditahan atas kesalahan menceroboh kediaman dan melakukan cubaan membunuh Heidelberg.

Laporan awal menunjukkan Dolan dituduh sebagai tukang gunting rambut misteri yang dicari sejak berbulan-bulan lalu. Namun, selepas beberapa ketika, tiada bukti berjaya dikaitkan dengan Dolan sebagai lelaki misteri yang dilaporkan. Kesannya, dia dilepaskan atas dakwaan tersebut.

Keputusan itu menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap penduduk Pascagoula. Ia disebabkan oleh kewujudan beberapa perkara yang dianggap sebagai bukti kukuh untuk menahan suspek. Antaranya rambut milik Carol Peattrie, salah seorang mangsa tukang gunting rambut hantu yang dijumpai di rumahnya.

Pun begitu, Dolan dijatuhi hukuman penjara selama tempoh 10 tahun atas kesalahan cubaan membunuh. Soal siasat yang dijalankan pihak polis mendapati perbuatan itu sengaja dilakukan kerana dendam terhadap Heidelberg. Namun, tidak dinyatakan secara terperinci tentang perkara tersebut.

William Dolan (kanan) bersama peguam (tengah) ketika sesi perbincangan pengampunan kes.

Apa yang pasti, tiada lagi laporan mengenai misteri kecurian rambut diterima sejak tangkapan ke atas Dolan dilakukan. Sama ada William Dolan adalah pelaku sebenar di sebalik kejadian aneh ini, tiada siapa dapat mengesahkan perkara tersebut. Teknik serangan yang dilancarkan oleh kedua-dua individu turut berbeza. Di mana, Dolan lebih agresif berbanding tukang gunting rambut misteri.

Biarpun episod kejadian aneh itu sudah berakhir sejak puluhan tahun lalu, namun identiti tukang gunting rambut hantu masih kekal tersembunyi. Pada masa sama, tiada siapa tahu apa motif individu itu memotong dan mencuri rambut mangsanya.

_____

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Saya bukan main jin!” Tok Dewata bongkar rahsia seni persembahan ‘Main Teri’

Nama Tok Dewata kembali menjadi bualan hangat apabila seni persembahan Main Teri yang melibatkan beliau tular di media sosial.  Namun...

More Articles Like This