PEMUDA Pas Negeri Pulau Pinang mendesak supaya Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri itu yang kini disandang Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai ditukar.
Keputusan sebulat suara itu dicapai dalam Muktamad Tahunan Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang kali ke-44, baru-baru ini.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamad Ikhwan Afiq Mohamad Anwar memaklumkan, usul bagi menukar Pengerusi PN Pulau Pinang itu telah dibawa Dewan Pemuda Pas Kawasan Tasek Gelugor.
Menurut Mohamad Ikhwan Afiq, keputusan mengusulkan pertukaran Dominic melihat kepada beberapa pertimbangan utama.
“Ia melibatkan beberapa perkara termasuk keperluan penstrukturan semula organisasi PN demi kelangsungan PN Pulau Pinang.
“Selain itu, ia juga mengambil kira demografi penduduk negeri Pulau Pinang dan desakan ahli akar umbi.
“Usul ini hangat dibahaskan ketika muktamar berlangsung dengan ramai pembahas mengambil bahagian sebelum usul ini diluluskan secara sebulat suara.
Baca artikel lain: PAS Gua Musang akur keputusan pucuk pimpinan, BERSATU calon PRK Nenggiri
“Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang akan membentangkan usul ini ke peringkat lebih tinggi agar PN terus bertapak kukuh di Pulau Pinang,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, tahun lalu, Dominic yang diletakkan sebagai calon PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas tidak dibenarkan menyertai ceramah PN yang diadakan di Sungai Dua.
Bagaimanapun, Dominic yang juga Presiden Gerakan tidak berkecil hati dengan kejadian ‘dihalau’ daripada menghadiri ceramah mega tersebut.
Pas menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan turut meminta maaf kepada Dominic atas kejadian berkenaan.
Takiyuddin berkata, sebagai Presiden rakan gabungan Pas dalam PN dan calon PRN, kehadiran Dominic perlu ‘dihargai sebagai tetamu’.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

