Peruntukan RM18 juta cubaan beli undi dalam PRK Sungai Bakap – Dominic

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PERUNTUKAN hampir RM18 juta yang diumumkan Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming dalam Majlis Sentuhan Kasih semalam didakwa sebagai satu cubaan membeli undi menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Presiden Parti Gerakan, Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mengecam pengumuman tersebut memandangkan ia memberi pengaruh yang tidak wajar oleh kerajaan terhadap pengundi di Sungai Bakap.

Dominic turut menyelar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mengambil kesempatan sempena Hari Raya Aidil Adha dengan pemberian gula-gula sebanyak RM290,000 kepada pengundi Sungai Bakap dengan harapan dapat merampas kerusi DUN tersebut.

“Kerajaan Madani dilihat sangat kebal kerana pelanggaran demi pelanggaran terhadap etika pilihan raya telah di buat ia bermula daripada PRK  Kuala Terengganu, PRK Kemaman, PRK KKB dan kali ini PRK Sungai Bakap. 

“Perbuatan terkutuk ini dibuat demi mengekalkan kuasa dan jawatan.

“Dengan mentaliti ini, eksploitasi politik wang berasaskan kepentingan parti berterusan, menjadi norma harian kerajaan Madani. 

“Ini menyebabkan ketidaksamaan yang lebih besar dalam gelanggang pilihan raya antara pembangkang dan kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Dominic menggesa kerajaan agar menghentikan amalan tidak beretika itu yang bercanggah dengan prinsip perlawanan politik atas padang yang sama rata.

Beliau turut menuntut kerajaan untuk mewujudkan garis panduan yang menyeluruh berkenaan etika kerajaan sementara dan kerajaan bukan sementara semasa tempoh pilihan raya dan sebaik sahaja terdapat pembubaran Parlimen ataupun DUN.

“Penting untuk diingatkan bahawa nasib dan kemajuan rakyat Malaysia kini dipegang oleh seorang pemimpin bukan berakal dan tidak berjiwa rakyat. 

“Gerakan berharap semua rakyat memberi isyarat jelas kepada perdana menteri dan kabinet beliau yang sama sekali tidak berfungsi sehingga hari ini.

“Pengundi Sungai Bakap perlu introspeksi dan bertanya kepada diri sendiri, adakah Kerajaan Madani mampu menjaga seperti perkhidmatan terbaik yang telah dibuat oleh bekas ADUN Sungai Bakap daripada Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki didakwa pasang skimmer ATM, cuba curi data pelanggan bank

TAKTIK licik dua lelaki tempatan memasang peranti skimmer pada mesin juruwang automatik (ATM) bagi mencuri maklumat perbankan pelanggan berjaya...

More Articles Like This