Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Syariah dicadang ditubuhkan

Dari Penulis

JABATAN Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan mencadangkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Syariah dan Akta Saraan Hakim Syarie.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam serta lain-lain agensi berkaitan berhubung perkara itu.

“Berkaitan Akta Saraan Hakim Syarie yang dipertegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, memang telah tiba waktunya penggubalan akta ini dibuat.

“Adalah menjadi keperluan agar jawatan Hakim Syarie diasingkan daripada perkhidmatan awam bagi menaik taraf jawatan ini untuk memberikan gambaran sebenar kepada Perkara 121 (1A) yang telah meletakkan mahkamah syariah sebagai mahkamah yang setaraf dengan mahkamah sivil selain memastikan kebebasan badan kehakiman,” katanya dalam kenyataan semalam.

Baca artikel lain: Kes bunuh Nur Farah Kartini: Penjawat awam direman 7 hari

Anwar ketika merasmikan Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia semalam memberi komitmen bahawa kerajaan akan menyegerakan cadangan pelaksanaan Akta Saraan Hakim Syarie bagi memartabatkan status Hakim Mahkamah Syariah di negara ini.

Dalam pada itu Mohd Na’im berkata, pihaknya akan memperbanyakkan penganjuran program kesedaran berkaitan undang-undang syariah kepada masyarakat beragama Islam dan bukan Islam.

“Ini amat penting untuk membina kefahaman serta menyerlahkan keadilan dan keindahan sistem kehakiman Islam,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada agensi yang terlibat menjayakan konvensyen itu antaranya Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan.

Penganjuran konvensyen yang julung kali diadakan itu katanya diharap dapat membuka ruang kepada pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan cadangan ke arah memartabatkan sistem perundangan dan kehakiman syariah di negara ini secara komprehensif.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This