Bekas Ahli Parlimen Baling, Azeez Rahim cerai isteri kedua talak satu

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

BEKAS Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menceraikan isteri keduanya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling dekat Subang Bestari, hari ini.

Abdul Azeez, 59, yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, melafazkan cerai talak satu ketika prosiding yang berlangsung kira-kira hampir sejam di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.

Ketika ditemui media selepas prosiding selesai, Peguam Syarie Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili Abdul Azeez berkata, cerai talak satu itu dilafazkan selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan oleh Abdul Azeez terhadap isterinya, Marina Mohamed, 50, mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Katanya, permohonan itu dibenarkan oleh mahkamah berdasarkan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang mendapati berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) antara anak guamnya dan Marina yang juga merupakan seorang peguam, tidak lagi dapat didamaikan.

Sementara itu, Peguam Syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Marina, berkata mahkamah telah menasihati Abdul Azeez bagi melafazkan talak memandangkan hasil laporan JKP gagal mendamaikan pasangan berkenaan selain laporan shiqaq telah dikeluarkan.

Menurut beliau, permohonan cerai difailkan oleh Abdul Azeez pada 9 Disember 2024 atas alasan tiada rahmah dan mawaddah untuk meneruskan perkahwinan, tiada persefahaman dan perasaan kasih sayang, selain wujud perbalahan dalam rumah tangga.

“Pada dasarnya, anak guam saya tidak bersetuju untuk diceraikan. Tapi selepas perjumpaan bersama JKP telah mendapati tidak boleh berdamai, jadi laporan shiqaq telah dikeluarkan. Justeru, kuasa prerogatif untuk menceraikan terletak pada suami,” ujarnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 11 September 2019 di Bachok, Kelantan namun peguam mengesahkan pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata

Marina pernah menjadi peguam kepada Abdul Azeez yang mewakilinya selaku responden bagi kes permohonan kerajaan untuk melucut hak hampir RM16 juta termasuk satu lot kedai daripada keluarga bekas Pengerusi Tabung Haji berkenaan.

Responden lain bagi kes itu merupakan isteri Abdul Azeez, iaitu Datin Seri Khadijah Mohd.Noor serta empat anak mereka termasuk Azeera Management Consultants (M) Sdn. Bhd sementara penuntut adalah Maybank Islamic Berhad.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu lori dijel sehari, denda RM8,000 selepas tunjuk isyarat lucah dan pandu berbahaya

MAHKAMAH Majistret Balik Pulau hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama sehari, denda RM8,000 selain lesen memandu digantung selama lima...

More Articles Like This