Dilupa Jangan : Lepat Jagung Kuih Lama, Lemak Manis Rasanya

Dari Penulis

Ini salah satu resipi kuih lama yang cukup ‘rare’ iaitu lepat jagung yang jarang-jarang kita jumpa. Apatah lagi dijual. Rasa lemak manis, terasa jagung segar, memang sedap. Uniknya resipi dari Mas Cotek ini menggunakan kulit jagung. Tapi jangan risau… jika tidak ada kulit jagung, boleh aje balut guna daun pisang. Selamat mencuba!

BAHAN
4 tongkol jagung – parut
1 tongkol jagung – hiris kasar
1 cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
½ cawan gula
2 cawan santan pekat
½ sudu kecil garam
Kulit jagung atau daun pisang

CARA PENYEDIAAN

  1. Satukan ke semua bahan, ke dalam periuk.
  2. Kacau di atas api perlahan sehingga pekat.
  3. Setelah adunan pekat, sediakan daun pisang atau kulit jagung.
  4. Sudukan adunan di atas daun atau kulit jagung. Lipat kemas. Kukus selama 20 minit sehingga masak.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This