Harga Dah Nak Sama Dengan Durian. Dulunya Tidak Dipeduli, Kini Antara Buah Eksklusif Di Pasaran

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Kebetulan atau tidak, nama kedua buah ini durian…. dan sama mahal harganya. Percaya atau tidak harga durian belanda di pasaran hari ini mencecah RM20.00 sekilogram. Tak ke sama dah dengan harga durian tu..!

Durian belanda yang dinamakan soursop ataupun prickly custard apple, berasal dari hutan tropika di Kepulaun Carribean, Amerika Selatan yang kini banyak ditanam di negara kita dan Indonesia secara komersial.

Buah yang dikatakan mempunyai daya tahan melawan barah ini mula menjadi perhatian para penyelidik. Bukan sahaja buahnya, tetapi daunnya juga mempunyai banyak khasiat yang tersembunyi.

Dulunya buah durian belanda ini, tidak siapa pun peduli. Adakalanya terbiar, masak ranum di atas pokok, paling tidak pun dimakan dek burung. Buah durian belanda biasanya diperam sehingga masak. Ketika itu tidak pernah terfikirkan untuk dijadikan jus. Baru sekarang inilah ia dikomersialkan untuk dijadikan jus dan hari ini durian belanda, antara buah eksklusif dijual dengan harga yang mahal.

6 Khasiat & Rahsia Durian Belanda

  1. Durian belanda mengandungi banyak serat, karbohidrat, vitamin C, kalsium, air dan lemak.
  2. Dalam satu gelas buah durian belanda mengandung karbohidrat sebanyak 38 gm sebagai sumber tenaga tubuh
  3. Ia juga mengandung kalium yang dapat membantu otot-otot di dalam tubuh, mengatur tingkat tekanan darah dan juga untuk kekuatan tulang.
  4. Kandungan vitamin C tinggi yang berperanan sebagai antioksidan. Antioksidan inilah yang berfungsi untuk melawan pelbagai penyakit di dalam tubuh, termasuk menyembuhkan luka dan mencegah kerosakan kulit.
  5. Kandungan mineral lainnya yang terdapat dalam buah ini adalah fosfor dan kalsium. Dalam 100 gm buah ini terdapat fosfor sebanyak 27 mg dan kalsium sebanyak 14 mg. Mineral-mineral inilah yang bermanfaat untuk pembentukan tulang serta menghambat terjadinya osteoporosis.
  6. Daun durian belanda serta isinya memiliki khasiat mengubati darah tinggi atau hipertensi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This