Intan Najuwa kongsi berita gembira, sedang hamil anak pertama

Dari Penulis

AKTRES Datin Intan Najuwa berkongsi khabar gembira apabila dia kini sedang hamil cahaya mata sulung.

Intan turut memuat naik foto dirinya bersama suami yang turut menampakkan ‘baby bump’ pada bahagian perutnya di akaun Instagram miliknya.

“Rahsia kami akhirnya terdedah. Tidak lama lagi akan bertiga,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi entri tersebut, Intan juga berkongsi imbasan sonogram bayi dalam kandungannya.

Bagaimanapun, Intan tidak memperincikan usia kandungannya.

Menjengah ke ruangan komen, Intan dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminatnya.

Untuk info, Intan mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan iaitu Datuk Ahmad Asraf Azman pada 18 Ogos 2023.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi semak, imbang peranan MCA sentiasa relevan

MESKIPUN dikatakan hampir kesemua pengundi Cina memilih untuk tidak mengundi MCA pada pilihan raya umum yang lepas, namun kewujudan...

More Articles Like This