Operasi jejak kapal berlanggar ‘melarikan diri’, nombor pendaftaran meragukan – Maritim Malaysia

Dari Penulis

OPERASI mencari dan menyelamat (carilamat) dua kapal berlanggar di perairan Tanjung Balau semalam diteruskan hari ini tetapi usaha lebih tertumpu kepada menjejaki salah sebuah kapal iaitu MT CERES 1 yang meninggalkan kawasan perlanggaran dan menutup Sistem Pengenalan Automatik (AIS) kapalnya yang dipercayai masih berada dalam perairan negara.

Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana Maritim, Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Mad Yunus berkata, agensinya kini dalam usaha menjejaki kapal berkenaan dengan mengatur gerak pesawat amfibia Bombardier CL 415 MP bagi tujuan penyelamatan dan siasatan.

SIDANG media Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana Maritim, Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Mad Yunus di Zon Maritim Tanjung Sedili hari ini.

Katanya, maklumat dan semakan MRSC Johor Bahru bersama Jabatan Laut Malaysia mendapati nombor pendaftaran IMO kapal berkenaan meragukan dan tindakan kapal berkenaan meninggalkan kawasan insiden juga menimbulkan keraguan.

Semalam, kapal MT CERES 1 yang berdaftar di Republik Demokratik São Tomé dan Príncipe serta kapal MT HAFNIA NILE yang berdaftar di Singapura dilaporkan berlanggar pada lokasi 25 batu nautika Timur Laut Tanjung Balau, di perairan Malaysia.

Selepas kejadian, 22 orang kru dari kapal MT HAFNIA NILE yang terbakar telah diselamatkan oleh kapal Tentera Laut Singapura RSS Supreme yang kemudiannya membawa mereka ke Singapura bagi mendapatkan rawatan lanjut selepas usaha carilamat diaktifkan MRSC Johor Bahru.

Zin Azman berkata, selain menggerakkan aset ke sektor pencarian, Maritim Malaysia akan mengatur gerak Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) bagi bersiap sedia untuk menyelamat mangsa yang dipercayai masih berada di atas kapal MT CERES 1.

“Setakat ini, Maritim Malaysia tidak dapat memastikan keadaan sebenar kapal beserta kru MT CERES1 memandangkan ianya tidak dapat dihubungi,” katanya dalam satu sidang media di Zon Maritim Tanjung Sedili hari ini.

Turut hadir sama Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Johor, Kepten Kama Azri Kamil dan Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam.

Memasuki hari kedua, Maritim Rescue Sub-Centre (MRSC) Johor Bahru, Maritim Malaysia telah menugaskan sebuah kapal peronda luar pesisir (OPV) KMPEKAN dan KMMULIA bagi menggantikan KM NIAH ke lokasi kejadian bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat.

Usaha carilamat yang diaktifkan MRSC Johor Bahru pada 6:55 pagi semalam turut mendapat respon Singapura yang juga merupakan first responder di mana kapal Tentera Laut Singapura RSS Supreme telah menyelamatkan 22 orang kru MT HAFNIA NILE dan dibawa ke Singapura bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Zin Azman itu turut memaklumkan Jabatan AlamSekitar (JAS) dan Jabatan Laut Malaysia (JLM) akan turut serta bagi melaksanakan pemantauan tumpahan minyak di lokasi insiden.

Beliau turut memaklumkan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut bersiap sedia menyalurkan bantuan sekiranya keadaan memerlukan.

Terdahulu, Maritim Negeri Johor menerusi MRSC Johor Bahru telah mengkoordinasikan carilamat dengan penglibatan Kapal Maritim (KM) NIAH , bot PERKASA 29, bot PETIR 12 dari Maritim Malaysia, KD GEMPITA dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan bot ronda PA 9 dari Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 dengan jumlah keseluruhan anggota terlibat melebihi 100 orang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This