Bihun Singapura antara menu yang mudah dimasak, sesuai dihidangkan pada bila-bila masa. Terpulanglah nak makan dengan cili jeruk boleh, nak makan dengan sambal kicap pun sedap! Menambah sepinggan lagilah jawabnya. Resipi yang kongsikan oleh Chef Amer Hamzah ini, untuk hidangan 10 orang makan. Boleh tahan mewah juga bahan-bahan, Bihun Singapura kali ini. Pasti ramai yang suka, gerenti sedap terangkat!

BAHAN
600 gm bihun – rendam sebentar & tuskan
300 gm daging – rebus hingga empuk & simpan air rebusan
150 gm daging rebus – hiris kecil
20 ekor udang
4 ekor sotong – potong bulat
400 ml air rebusan daging
200 ml minyak
1 labu bawang besar – hiris
5 ulas bawang merah -hiris
5 ulas bawang putih – hiris
2 cm halia – kisar halus
2 sudu kecil serbuk pati ayam
800 ml air
1 sudu kecil serbuk lada putih
2 keping kek ikan – hiris memanjang
½ batang lobak merah – hiris memanjang
5 tangkai sawi – potong pendek
4 biji telur – rebus & potong
5 tangkai daun sup – hiris halus
1 tangkai cili merah – hiris halus
Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN

1.Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia, kacau sehingga garing.

2.Masukkan daging, udang dan sotong. Gaul rata dan sebatikan.

3.Kemudian masukkan air dan didihkan sebentar. Selepas itu, masukkan garam, serbuk pati ayam dan kacau rata.

4.Masukkan bihun, kacau perlahan-lahan.

5.Kemudian masukkan kek ikan dan sayur-sayuran. Kacau hingga sebati. Setelah bihun masak, boleh dihidangkan. Hiaskan dengan telur, taburkan hirisan daun sup dan cili merah. Jangan lupa cili jeruk atau sambal kicap!

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

