PM setuju percepat penyaluran dana awal RM100 juta Tabung Wakaf Mara MADANI

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk mempercepat penyaluran dana awal berjumlah RM100 juta kepada Tabung Wakaf Majlis Amanah Rakyat (Mara) MADANI.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Asyraf Wajdi, penyaluran dana awal itu akan dilaksanakan setelah Mara mendapat kelulusan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai Mutawalli.

Beliau berkata, cadangan Tabung Wakaf Mara MADANI itu telah diangkat dan dikemukakannya dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB), hari ini yang dipengerusikan Perdana Menteri.

Asyraf Wajdi memaklumkan, tabung tersebut penting untuk dimanfaatkan bagi membantu pelajar-pelajar di bawah tajaan Mara dalam kalangan Melayu-bumiputera yang susah dan daripada kalangan keluarga berpendapatan rendah.

“Tabung Dana Wakaf Mara yang dicadangkan adalah untuk menumpukan kepada pelajar-pelajar bumiputera dalam ekosistem institusi pendidikan Mara.

“Moga Allah permudahkan usaha membantu lebih ramai lagi pelajar-pelajar susah dan kurang berkemampuan,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel lain: “Anda sentuh, anda keluar,” Asyraf Wajdi beri amaran kepada pelajar MRSM

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, Tabung Wakaf Mara MADANI itu mampu membuka peluang untuk alumni dan bekas-bekas pelajar dalam ekosistem Mara yang telah berjaya serta mahu kembali menyumbang untuk manfaat orang lain.

“Sepanjang tak sampai dua tahun menerajui Mara ini, saya banyak turun padang ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM); GiatMara; kolej-kolej Mara; UniKL; UPTM; KKTM dan KPTM.

“Secara umumnya lebih 70 peratus adalah daripada kalangan keluarga B40, M40, miskin dan berpendapatan rendah.

“Saya juga banyak menerima maklum balas bagaimana kesukaran sebahagian besar mereka untuk mengeluarkan perbelanjaan awal untuk masuk ke IPMA, bahkan ramai yang ikat perut sepanjang pengajian,” katanya.

Anwar ketika berucap pada Majlis Penutupan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 pada Mac lalu, mengumumkan penubuhan Tabung Wakaf Mara MADANI dengan geran peluncuran berjumlah RM100 juta serta menyasarkan dana terkumpul berjumlah RM1 bilion dalam tempoh dua tahun.

Perdana Menteri berkata, sistem wakaf itu akan diterajui Mara dan dilaksanakan oleh Yayasan Pelajaran Mara, selari dengan hasrat penubuhan agensi berkenaan.

Asyraf sebelum ini turut memaklumkan kesudian Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menjadi penaung Tabung Wakaf Mara MADANI akan menambah kredibiliti penubuhan tabung itu serta menjadi cerminan agenda pemerkasaan Bumiputera.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This